MIDA memacu pelaburan negara
Wartawan:
Sempena sambutan ulang tahun MIDA ke-50 tahun ini, apakah sumbangan dan pencapaian MIDA sejak beroperasi 50 tahun lalu?
Azman: Sumbangan kami secara langsung adalah mewujudkan peluang pekerjaan, peluang perniagaan kepada banyak syarikat hasil limpahan manfaat daripada aktiviti pelaburan.
Apabila ada pelaburan, maka akan ada limpahan manfaatnya. Sebelum melangkah ke era perindustrian, ekonomi negara adalah berasaskan pertanian dengan sebahagian besar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disumbangkan pertanian.
Kita terlalu bergantung kepada pertanian, jadi kerajaan pada ketika itu membuat keputusan untuk beralih kepada perindustrian.
Kita bermula dengan industri berorientasikan eksport dan berintensifkan buruh. Kerajaan menubuhkan kawasan perindustrian perdagangan bebas cukai serta gudang pengilangan berlesen. Ia bermula di Pulau Pinang dengan lapan syarikat pertama dikenali ‘Eight Samurai’ yang terbabit dalam elektrik dan elektronik (E&E).
Selepas itu, kami memulakan usaha promosi secara agresif, yang mana kami menubuhkan pusat kami di luar negara, mengadakan misi pelaburan di luar negara.
Jika anda mengkategorikan fasa perindustrian, tahun 1950an adalah pertanian; tahun 1960an industri penggantian import; 1970an berorientasikan eksport dan berintensifkan buruh; 1980an, berasaskan sumber dan industri berat, 1990an berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi; 2000an koridor ekonomi dan perkhidmatan; 2010 inovasi, Model Ekonomi Baru (NEM), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pendapatan tinggi.
S:
Melalui usaha promosi MIDA untuk meningkatkan pelaburan ke dalam ekonomi
kan penjajaran antara penawaran kemahiran dan permintaan.
Limpahan manfaat lain termasuk memupuk keusahawanan dan kelahiran syarikat Malaysia, pertumbuhan industri perkhidmatan perkongsian, pemindahan teknologi dan memupuk syarikat Malaysia untuk mereka bentuk dan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu.
MIDA terus berjaya menarik pelaburan asing dan tempatan, dan juga menyokong dan menggalakkan syarikat tempatan untuk membina dan mengembangkan perniagaan mereka di dalam dan pada peringkat global.
Banyak syarikat tempatan telah berkembang daripada syarikat bersaiz kecil kepada kedudukan mereka hari ini beriku tan hasil usaha berterusan MIDA selama ini dalam membangunkan ekosistem perindustrian dan rantaian bekalan.
S:
Pada masa lalu (dari tahun 80-an, 90-an sehingga 2001), daya tarikan Malaysia kepada
limpahan yang diperlukan, yang mana boleh mengembangkan syarikat tempatan.
Dengan Malaysia meningkatkan rantaian nilai, kita memerlukan lebih banyak projek berintensifkan pengetahuan, berasaskan inovasi dalam pertumbuhan tinggi, industri yang mempunyai nilai tinggi.
Dengan ekosistem industri yang dibangunkan dengan kukuh beberapa tahun lalu, kami kini lebih bersasar dalam usaha promosi pelaburan kami, khususnya dengan memberi tumpuan kepada pelaburan berkualiti yang akan mempercepatkan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dengan meneruskan strategi ini, kami melihat lebih banyak pelaburan berkualiti masuk ke Malaysia. Malah, 10 tahun lalu, kami tidak mempertimbangkan industri aeroangkasa sebagai salah satu bidang pertumbuhan kritikal Malaysia, tetapi hari ini, ia dikenal pasti di bawah Rancangan Malaysia Ke11 (RMK11) sebagai salah satu bidang tumpuan strategik utama untuk menjana semula sektor pembuatan, dan industri itu ditetapkan untuk melonjak lebih tinggi pada tahun mendatang.
Malaysia yang dikenali sebagai pusat keuntungan di Asia, berubah ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi. Negara ini bukan hanya lokasi yang mempunyai dasar mesra perniagaan, pemangkin yang kukuh, dan pelan jangka panjang komprehensif, tetapi juga hab untuk pelaburan berteknologi tinggi sebagai negara yang boleh menghasilkan produk dan perkhidmatan inovatif dan kreatif.
S:
Adakah Malaysia beralih menjadi lebih memilih dalam pemilihan pelabur asing yang meninjau Malaysia bagi operasi mereka yang membuahkan hasil yang dikehendaki setakat ini?
J: Sejajar dengan corak aliran mega semasa, negara ini melaksanakan Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 yang menggabungkan automasi dan pendigitalan, yang mana sambungan adalah teras untuk memacu revolusi ini.
Kami menggalakkan syarikat tempatan untuk bangkit dan menyesuaikan operasi perniagaan mereka termasuk teknologi dan proses pintar. Dengan asas yang kukuh dalam sektor pembuatan, Malaysia mempunyai banyak tawaran nilai menarik untuk menjadi hab bagi pembangunan Industri 4.0 di rantau ini.
Sejak 20 tahun yang lalu, sektor pembuatan sudah melaksanakan barisan pemasangan robotik, kejuruteraan ketepatan dan proses kawalan berkomputer. Syarikat tempatan sudah menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk kejuruteraan, inovasi dan integrasi sistem dan membangunkan jentera dan peralatan (M&E) proprietari untuk eksport global.
Perjalanan selanjutnya memerlukan Malaysia untuk melangkaui bukan hanya pertumbuhan ekonomi dan membina kekuatan teras negara ini dan meraih peluang dengan manfaat jangka panjang untuk semua rakyat Malaysia. Sejarah membuktikan bahawa Malaysia adalah negara yang berdaya tahan.