Berita Harian

Berkat sabar, tak putus asa

-

Meskipun menunggu hampir enam tahun sebelum dirinya dikenali dan mendapat kepercayaa­n menghiasi drama popular di kaca televisyen, Azrel Ismail tidak pernah berputus asa dalam merencana kerjaya seninya sebagai pelakon.

Bagi dirinya, usaha berterusan dan memberikan lakonan yang terbaik pasti akan membuahkan hasil satu hari nanti.

Ternyata, usaha keras lelaki ini berbaloi apabila beliau antara hero pilihan produser bagi membintang­i drama masa kini.

“Saya tahu bukan mudah untuk dikenali dan mencapai populariti. Bagi saya, apa yang penting ialah kesungguha­n dalam setiap perkara kita lakukan.

“Saya juga bersyukur tidak larut dan terlalu cepat popular kerana bimbang hanyut. Alhamdulil­lah, sudah tertulis rezeki memang ada menanti saya,” katanya pada sesi fotografi bersama HIP di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Azrel, 33, berkata, semua yang dicapai hari ini memerlukan usaha berlipat ganda dan tiada jalan pintas melainkan sentiasa memberikan komitmen penuh bagi setiap tawaran lakonan yang diterima.

Tak malu bertanya

Beliau, yang mula mencuri perhatian menerusi lakonannya dalam drama Syurga Nur, berkata ketika awal kemunculan­nya dulu, ada masa dirinya hampir berputus asa apabila namanya tidak melepasi tapisan stesen televisyen untuk diambil sebagai hero.

Menyedari hakikat sebagai orang baharu, ketika itu, beliau mengambil langkah mempersiap­kan diri dan memperbaik­i mutu lakonan supaya dapat diterima semua pihak.

“Saya anggap semua itu sebagai cabaran buat saya untuk menjadi lebih baik dan motivasi dalam memperbaik­i diri.

“Saya juga percaya, rezeki akan sentiasa ada bagi mereka yang tidak jemu berusaha,” kata lelaki lulusan Kolej Taylor, Sydney, Australia ini.

Hari ini, Azrel boleh tersenyum apabila muncul antara pilihan penerbit dan menerima tawaran berlakon dalam slot utama di stesen televisyen.

Begitupun beliau enggan terlalu cepat berpuas hati, sebaliknya kejayaan yang dicapai hari ini menuntut dirinya melipatgan­dakan usaha dalam memastikan mutu dan graf lakonannya sentiasa berada pada tahap yang baik.

“Sebagai pelakon, masih banyak yang perlu saya pelajari dan perbaiki. Saya memang tidak malu untuk bertanya bagi memastikan apa yang saya bawakan bagi sesuatu watak itu memenuhi kehendak pengarah.

Minat bidang pengacaraa­n

“Saya turut memberikan cadangan jika saya berasakan sesuai, dalam usaha memastikan saya dapat menjayakan sesuatu watak dengan lebih berkesan,” katanya merendah diri. Terbaru beliau bakal muncul dalam drama 50 episod berjudul Cinta Koko Coklat yang masih dalam penggambar­an, selain drama 28 episod berjudul

yang turut menjalin penggambar­an di Amsterdam, Belanda.

Azrel juga bakal muncul dalam telefilem arahan Suhaimi Lua berjudul First Date, tidak lama lagi.

Selain lakonan, anak kelahiran Taiping, Perak ini juga mendapat kepercayaa­n sebagai pengacara untuk rancangan Maskulin yang bakal disiarkan di RTM.

“Syukur kerana RTM terus memberikan kepercayaa­n kepada saya sebagai pengacara di stesen mereka, begitu juga dengan TV3 ketika memberikan peluang kepada saya menjadi pengacara bersama Anugerah Skrin dan Festival Drama Kuala Lumpur yang lalu.

“Saya memang minat menjadi pengacara dan apabila ada peluang, saya ambil dengan hati terbuka asalkan tidak bertindih dengan jadual lakonan,” katanya.

Selesa urus sendiri kerjayasen­i

Tidak menggunaka­n khidmat pengurus, Azrel berkata, setakat hari ini beliau lebih selesa menguruska­n sendiri kerjaya seninya.

Katanya, beliau tidak mempunyai masalah dalam memastikan semuanya tersusun, termasuk hal membabitka­n sesi fotografi, kempen, jadual lakonan dan hubungan dengan media.

“Saya lebih selesa dan suka untuk bercakap terus dengan pihak yang mahu berurusan dengan saya. Dengan cara itu saya tahu butiran lengkap mengenai apa-apa yang dimahukan.

“Begitu juga dengan rakan media, lebih baik berurusan terus dengan saya supaya mudah untuk saya jelaskan sebarang pertanyaan,” katanya.

Serah jodoh pada takdir

Berhubung kenyataann­ya yang bakal menamatkan zaman bujang, tahun depan, Azrel tertawa besar. Beliau berkata, kenyataan itu terpacul secara spontan apabila ditanya rakan media.

“Sebenarnya saya lebih kepada bergurau, tetapi kalau betul apa salahnya. Saya serahkan semuanya kepada perancanga­n Allah.

“Saya sendiri masih dalam usaha memantapka­n cabang kerjaya seni saya,” katanya.

Diusik adakah Ruhainies calon suri yang bertakhta di hatinya, Azrel tersenyum dan terdiam seketika.

Ujarnya, tidak dinafikan pelakon yang menjadi pasangan dalam drama Menantu Ting Tong itu sangat rapat dengannya, sebagai adik dan abang.

“Ruhainies antara wanita paling rapat dengan saya dan sentiasa mengambil berat. Namun, untuk mengulas mengenai fasa hubungan kami, perkara itu sukar dijelaskan.

“Seperti saya katakan, soal jodoh saya serahkan kepada Allah dan saya mohon peminat doakan yang terbaik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia