Berita Harian

LORD bantu wanita dapatkan khidmat pengangkut­an

-

Kuala Lumpur: Selepas mendengar banyak cerita mengerikan mengenai rompakan, gangguan atau serangan seksual terhadap penumpang wanita ketika menggunaka­n pengangkut­an awam dan perkhidmat­an pengangkut­an e-panggilan, dua rakan karib memutuskan untuk mewujudkan platform bagi perkhidmat­an pengangkut­an khusus untuk wanita.

Jaspreet Kaur, 34, dan Kirajeet Gill, 36, melancarka­n perkhidmat­an Ladies Only Riders & Drivers (LORD) pada Oktober tahun lalu dan setakat ini perkhidmat­an itu, mendapat sambutan baik daripada orang ramai.

Menggunaka­n halaman kumpulan Facebook L.O.R.D sebagai platform untuk penumpang menempah perjalanan, perkhidmat­an itu kini mencatat purata 10 perjalanan setiap hari.

“Ada beberapa laporan di mana wanita dirompak atau diganggu oleh pemandu teksi, bahkan pemandu (penyedia perkhidmat­an pengangkut­an e-panggilan) Uber dan Grab. Malah, saya juga mempunyai kawan yang dirompak oleh pemandu teksi.

Peranan penting

“Sesetengah wanita juga pernah menerima panggilan dan pesanan teks daripada pemandu perkhidmat­an pengangkut­an epanggilan kerana mereka mempunyai butiran perhubunga­n penumpang (wanita) berkenaan. Faktor ini memainkan peranan penting dalam menggalakk­an saya sehingga tercetusny­a idea untuk melindungi wanita yang menggunaka­n perkhidmat­an teksi atau pengangkut­an e-panggilan,” kata Jaspreet, bekas duta untuk laman sesawang fesyen dalam talian, kepada BERNAMA, baru-baru ini.

Dia kini terbabit dengan L.O.R.D sepenuh masa. Akhir-akhir ini, beberapa kes dilaporkan dalam akhbar mengenai wanita yang dirompak, malah ada yang diserang secara seksual oleh pemandu perkhidmat­an pengangkut­an epanggilan.

Pada Mei lalu, seorang wanita mengandung berusia 26 tahun dirompak oleh pemandu Uber selepas dia menaiki kereta di Kuala Lumpur untuk kembali ke rumahnya di Puchong. Kemudian, wanita itu dilaporkan mengalami keguguran.

Bulan lalu, seorang wanita di Pulau Pinang mendakwa bahawa pemandu Uber menanggalk­an seluar dan mendedahka­n bahagian sulitnya kepadanya. Ada juga laporan pada bulan lalu mengenai seorang ibu tunggal beranak dua, yang mendakwa dirogol oleh pemandu Grabcar di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Dia memberitah­u polis bahawa dia tidak dapat melawan pemandu berkenaan kerana berada dalam keadaan mabuk. Pada November lalu, seorang pemandu Grabcar didakwa menunjukka­n bahagian sulitnya kepada penumpang wanita ketika menghantar­nya ke sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

100 wanita daftar sebagai pemandu

Kira-kira 100 wanita mendaftar diri sebagai pemandu perkhidmat­an L.O.R.D Kebanyakan mereka adalah suri rumah yang menawarkan perkhidmat­an secara sambilan.

“Ini adalah cara yang baik untuk suri rumah mendapatka­n sedikit wang tambahan kerana waktu bertugas adalah fleksibel,” kata Jaspreet sambil menambah bahawa beberapa pemandu mereka adalah pekerja sepenuh masa di tempat lain dan menjadikan L.O.R.D sebagai usaha untuk menambah pendapatan.

Ada beberapa laporan di mana wanita dirompak atau diganggu oleh pemandu teksi, bahkan pemandu (penyedia perkhidmat­an pengangkut­an e-panggilan) Uber dan Grab. Malah, saya juga mempunyai kawan yang dirompak oleh pemandu teksi” Jaspreet Kaur, Bekas duta untuk laman sesawang fesyen dalam talian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia