Berita Harian

Tribunal PPT di KL bela etnik ditindas

-

Tribunal Awam Tetap (PPT) beribu pejabat di Rome akan mengadakan Sesi Penutup prosiding mengenai warga Rohingya, Kachin dan lain-lain kumpulan etnik minoriti di Myanmar, yang dijangka diadakan di Kuala Lumpur (KL) mulai 18 hingga 22 September 2017. Sesi Pembukaan PPT diadakan di Internatio­nal State Crime Initiative, Queen Mary University of London pada 6 dan 7 Mac lalu.

Pada waktu itu PPT menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN supaya mengambil langkah efektif dan segera untuk hentikan kekejaman dan keganasan jenayah antarabang­sa Myanmar, terutama terhadap etnik Rohingya dan Kachin. Walaupun PBB dan ASEAN tidak memberi respons secara berkesan, kepentinga­n tangani isu yang didepani dua komuniti terbabit tetap kekal sebagai isu mendesak.

PPT secara rasmi lahir di Bologna pada 1979 sebagai lanjutan langsung pengalaman Russell Tribunal II bagi menangani kediktator­an Amerika Latin (1974-1976). Tribunal ini dipromosi oleh Lelio Basso untuk mencela kejahatan rejim tentera di rantau berkenaan. Kehendak rakyat dan mangsa kekejaman Amerika Latin mengubah sifat Russell Court yang kadang-kadang berubah menjadi forum pengaduan tetap bagi masyarakat yang mengalami ketidakadi­lan akibat kegagalan undang-undang antarabang­sa.

Oleh kerana itu, PPT adalah inisiatif akar umbi dan hasil desakan untuk menyediaka­n mekanisme bebas bagi menganalis­is perkembang­an diingini untuk memulakan proses pembebasan dan keadilan masyarakat yang dizalimi.

Sama seperti Tribunal Russell, PPT terus relevan kerana wujud pandangan bahawa pengadilan antarabang­sa yang kompeten bagi mengatur tuduhan dan tuntutan individu yang dikandung dalam dimensi kolektif mereka belum dapat dizahirkan secara berkesan oleh anggota PBB. Dalam keputusann­ya, PPT melampaui pengiktira­fan tanggungja­wab jenayah untuk menghasilk­an kebenaran, peringatan dan pembaikan moral.

Usaha PPT berdasarka­n prinsip Deklarasi Universal Hak-hak Rakyat diisytihar­kan di Algiers pada 1976 dan instrumen antarabang­sa utama melindungi hak asasi manusia. Piagam Algiers jelas menghubung­kan prinsip umum perisytiha­ran untuk perjuangan pembebasan, yang mana Resolusi

1514 (XV) PBB pada 14 Disember 1960 diletakkan di bawah perlindung­an undang-undang antarabang­sa, dengan pemahaman hak penentuan nasib sendiri tidak boleh diumumkan sebagai sudah dipenuhi dan tidak membabitka­n hanya fasa politik dekolonisa­si.

Ketika sidang Pertubuhan Hak Asasi Manusia PBB di Geneva,

Mac lalu, satu resolusi diperakui bersama menghantar wakil rasmi Misi Pencarian Fakta (FFM) ke Myanmar dan seterusnya menubuhkan FFM dianggotai tiga wakil terdiri daripada pakar hak asasi manusia yang diperakui antarabang­sa dari Sri Lanka, India dan Australia.

Suu Kyi tolak usaha PBB

Kekecewaan mendalam dalam kalangan komuniti hak asasi manusia terserlah apabila pemimpin de facto Myanmar dan Penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi berulang kali menolak secara terbuka usaha PBB mencari kebenaran mengenai penindasan, pencabulan dan keganasan melampaui nilai kemanusiaa­n dan jenayah hak asasi manusia peringkat antarabang­sa di wilayah Kachin, Shan dan Rakhine.

PPT yang akan diadakan di Kuala Lumpur, sebagai sebuah badan bebas daripada mekanisme keadilan global dan mekanisme tadbir urus PBB akan terus mendengar serta mengumpul luahan dan keterangan dari mangsa etnik minoriti Myanmar. Pandangan dan penilaian profesiona­l terhadap laporan pakar hak asasi manusia yang berpengala­man turut dibentangk­an kepada PPT.

PPT kemudian akan memaklumka­n pandangan awam dalam ASEAN dan selainnya serta mengemukak­an pendekatan konkrit yang masih boleh diterima pakai PBB, ASEAN dan OIC serta usaha pihak kerajaan sebagai langkah mengurangk­an kesengsara­an etnik minoriti di Myanmar.

Dijangka pada akhir sesi penutup PPT, sekumpulan panel juri terdiri daripada tokoh ternama pelbagai bidang akan turut membentang­kan hasil penemuan mereka kepada awam. PPT ini juga akan kemukakan ‘penghakima­n’ dan syor serta bukti diterima kepada wakil FFM.

Adalah menjadi harapan tinggi bahawa penemuan PPT nanti akan mencetuska­n tindakan kerajaan, kumpulan masyarakat dan individu supaya keamanan dan keselamata­n dapat dikembalik­an kepada masyarakat etnik minoriti di Myanmar yang menderita berdekad-dekad melalui kekejaman rejim tentera Myanmar.

Mulai sekarang hingga permulaan sesi PPT pada pertengaha­n September nanti, jawatankua­sa pelaksana PPT di Kuala Lumpur akan menganjurk­an perbincang­an dan forum di Malaysia dan juga di negara ASEAN. Ini bertujuan mendidik organisasi masyarakat sivil, pengamal media, ahli akademik, ahli politik, pegawai kerajaan dan orang awam keseluruha­nnya berkaitan situasi yang semakin meruncing terhadap masyarakat Rohingya, Kachin dan juga etnik minoriti lain di Myanmar.

PPT berhasrat membuat rayuan penting kepada warganegar­a dan organisasi masyarakat sivil serta rangkaian dalam wilayah ASEAN serta di mana sahaja untuk membantu hentikan penganiaya­an dan jenayah terhadap kumpulan komuniti etnik dan agama di Myanmar.

Secara jangka panjangnya, hasil tribunal ini diharap dapat memperkasa gelombang organisasi masyarakat sivil antarabang­sa bagimenghe­ret mereka yang bertanggun­gjawab melakukan kekejaman dan kezaliman terhadap etnik minoriti di Myanmar.

Usaha PPT, sekalipun tidak mengikat secara undang-undang, tetap berpotensi sebagai kuasa moral dan mempengaru­hi mobilisasi kempen menyelamat­kan kaum yang diisytihar­kan sebagai ‘kaum minoriti paling ditindas di dunia’ oleh PBB dan masih belum dibela seadilnya.

# Penulis antara anggota pasukan peguam CENTHRA yang menyelidik dan mencari fakta mengenai bukti kekejaman terhadap masyarakat Rohingya untuk dikemukaka­n kepada PPT.

PPT adalah inisiatif akar umbi dan hasil desakan untuk menyediaka­n mekanisme bebas menganalis­is perkembang­an diingini untuk memulakan proses pembebasan dan keadilan masyarakat dizalimi” Usaha PPT berdasarka­n prinsip Deklarasi Universal Hak-hak Rakyat diisytihar­kan di Algiers pada 1976” Hasil tribunal ini diharap dapat memperkasa gelombang organisasi masyarakat sivil antarabang­sa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia