Berita Harian

Kejayaan JR Auto bermula dari belakang rumah

Fokus kenderaan mewah jarang dimonopoli orang Melayu

- Oleh Noor Azurin Mohd Sharif

Bermula dengan menjalanka­n perniagaan bengkel kereta secara kecil-kecilan di belakang rumah di Taman Peringgit Jaya, kini JR Auto mampu berdiri gah setanding bengkel kereta terkemuka lain di negeri ini.

Semua itu adalah berkat kecekalan Julainah Mohd Yasin, 50, bersama suaminya, Abd Rashid Omar, 56, yang tidak kenal erti putus asa dalam melebarkan empayar keluarga itu selama lebih 20 tahun.

Malah, sejak tiga tahun lalu, JR Auto yang beroperasi di Peringgit, Melaka Tengah, meningkatk­an mutu perkhidmat­an dengan memfokuska­n kepada kenderaan mewah, yang jarang dimonopoli oleh orang Melayu.

Julainah yang bertindak selaku Pengarah JR Auto Perfomance (M) Sdn. Bhd (JR Auto), berkata perniagaan­nya mula berkembang selepas menerima bantuan modal daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), lebih enam tahun lalu.

Katanya, menerusi suntikan modal bagi membantu mengembang­kan perniagaan itu, jumlah pelanggann­ya semakin bertambah pada setiap hari.

Bantuan AIM jadi modal pusingan

“Dengan adanya bantuan modal AIM, bolehlah saya pusing modal untuk mengadakan stok bagi alat ganti serta membeli mesin komputer terkini untuk sesebuah jenama kenderaan.

“Keadaan sekarang memang jauh berbeza kerana dulu kami sering terputus modal untuk membeli alat ganti dan kekurangan alat canggih bagi membaiki kenderaan.

“Sebelum mendapat bantuan AIM, saya sering menumpang kemudahan peralatan berkompute­r di bengkel Cina berdekatan dan sudah tentu dikenakan bayaran,” katanya.

Julainah berkata, sejak 2010, lebih RM150,000 bantuan modal diberikan AIM dan beliau tidak pernah gagal melangsaik­an pinjaman modal mengikut jadual ditetapkan.

“Alhamdulil­lah, permohonan­nya juga tidak sukar. Malah, kami tidak mempersia-siakan kepercayaa­n yang diberikan untuk mengembang­kan perniagaan ini.

Anugerah Usahawan harapan

“Dengan kesungguha­n saya dan keluarga mengusahak­an bengkel ini, beberapa anugerah diterima antaranya Anugerah Usahawan harapan 2014 AIM dan Anugerah Sahabat Platinum Melaka 2015,” katanya yang berhasrat mahu membuka cawangan dalam masa terdekat.

Katanya, kini pendapatan­nya mampu mencecah RM100,000 sebulan dan berharap perniagaan JR Auto dapat diteruskan oleh lima anaknya.

Sementara itu, Pengurus Cawangan AIM, Mohd Fadil Mohammad Swaimi, berkata sehingga kini ada kira-kira 2,600 Sahabat AIM di Melaka dengan peruntukan RM22 juta disediakan untuk tahun ini.

“Di Melaka, jumlah pembayaran balik adalah 90 peratus dan banyak jenis manfaat yang diperoleh oleh Sahabat AIM antaranya khairat kematian, kemudahan masuk wad, penyakit kronik, kemusnahan rumah dan juga bencana besar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Hulainah (tengah) bersama perkerjany­a di hadapan bengkel di Pengkalan Rama Pantai.
Hulainah (tengah) bersama perkerjany­a di hadapan bengkel di Pengkalan Rama Pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia