Berita Harian

Lupakan hasrat jadi negara maju jika pemikiran masih mundur

-

mahu menjadi negara maju menjelang 2020. Apakah perubahan yang sudah kita lakukan? Adakah kita sudah mengubah sikap seperti rakyat negara maju contohnya, Jepun dan Korea atau kita masih dengan sikap lama? Jika begitulah sikap kita, bagaimana hendak menjadi negara maju?

Melaka menguar-uarkan mereka mencapai negeri maju pada 2010. Tetapi, adakah mereka benar-benar dapat mengubah sikap rakyatnya seperti rakyat Jepun dan Korea Selatan yang begitu maju pemikirann­ya.

Sebagai contoh, mereka sangat menghormat­i antara satu sama lain sama ada terhadap sesama manusia mahupun dengan haiwan peliharaan mereka. Apakah rakyat Melaka juga begitu?

Ingin saya kongsi pengalaman saya berada di Melaka pada minggu lalu ketika berkunjung di Pantai Klebang. Saya ternampak dua ekor kuda yang membawa pedati dibiarkan berada di bawah panas matahari yang begitu terik sekali. Saya dapat memerhatik­an mata kedua-dua ekor kuda itu terlalu perit menahan panas yang sedang membahang.

Saya bertanya kepada diri saya sendiri: “Mengapakah tidak diletakkan kuda itu di tempat yang teduh dan redup atau sediakanla­h khemah sebagai tempat untuk kuda itu berteduh dan menunggu penumpang dan bukanlah dibiarkan sahaja seolah-olah manusia ini sudah tidak mempunyai perasaan belas kasihan terhadap haiwan peliharaan.

Saya tidak faham bagaimana sikap orang Malaysia yang dikatakan begitu lemah lembut dan penyayang. Adakah ini dikatakan penyayang? Selama dua jam saya berada di situ dan saya tidak nampak pekerja itu memberikan minuman kepada kuda-kuda itu.

Pihak pengurusan abai kebajikan kuda

Kasihan, tentu kuda itu kehausan kerana keletihan membawa penumpang. Sepatutnya pihak pengurusan menentukan waktu tengah hari adalah waktu untuk kuda itu berehat dan biarkanlah kuda itu berada dalam kandangnya.

Ketika saya leka memerhatik­an kuda itu, ada juga beberapa rakyat Malaysia yang datang ke arah kuda itu untuk sesi bergambar. Sekali lagi saya bertanya.

Mereka tidak kasihankah kepada kuda-kuda itu? Di jemur di tengah cahaya matahari yang terik pada waktu tengah hari dan matahari betul-betul berada di atas kepala? Entahlah ya? Tiada siapa yang berani untuk menegur sikap pekerja atau pihak pengurusan pada waktu itu.

Sebaliknya mereka hanya membiarkan sahaja sikap ‘tidak berhati perut’ berleluasa dan bermaharaj­alela. Mengapa dibiarkan sahaja pihak pengurusan dengan sikap tidak prihatin mereka terhadap makhluk ciptaan Allah SWT?

Islam agama rahmah yang sangat peduli terhadap binatang. Bahkan beberapa nama dari surah dalam al-quran mengandung­i nama binatang seperti An Nahl, An Naml dan sebagainya. Bahkan beberapa binatang yang diceritaka­n dalam al-quran juga kelak akan masuk syurga seperti anjing, Ashabul Kahfi dan Burung Hud Hud pada zaman Nabi Sulaiman AS.

Pupuk kasih sayang terhadap haiwan

Jika rakyat Malaysia masih tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap makhluk ciptaan Allah SWT, bagaimanak­ah kita hendak menjadi negara maju?

Kasih sayang terhadap haiwan adalah antara sebab bagi rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.

Kasih sayang Islam terhadap haiwan mencapai tingkatan yang tidak terbayangk­an oleh manusia, iaitu saat Rasulullah SAW memberitah­u bahawa Allah SWT mengampuni orang yang menyayangi anjing yang kehausan, lantas dia memberinya minum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia