Berita Harian

Kedah turun barisan terkuat

- Oleh Izzali Ismail

Alor Setar: Pertahanan, Zac Anderson dan pemain sayap Syazwan Zainon dijangka kembali memperkuat­kan Kedah dalam aksi Liga Super menentang Melaka United (MU) di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, berkata Zac Anderson yang direhatkan akibat kecederaan tulang pinggul, April lalu kini sudah pulih manakala Syazwan Zainon atau lebih mesra dipanggil Wan Karpet juga berada dalam perancanga­n menghadapi anak buah Eduardo Almeida.

“Ramai menjangkak­an Zac akan kembali beraksi ketika menentang Jurulatih Kedah UITM FC dalam aksi Piala Malaysia di Shah Alam, Jumaat lalu namun saya tidak mahu mengambil risiko. Bagaimanap­un, dia akan turun memperkuat­kan pasukan malam esok (malam ini).

“Malah saya gembira kerana beberapa pemain lain seperti Ken Ilso Larsen, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali juga sudah pulih,” katanya semalam.

Tetap waspada

Nidzam berkata, kemenangan bergaya 5-0 ke atas UITM FC dalam aksi Piala Malaysia mampu menjadi motivasi kepada pemain menghadapi MU sekali gus mengulangi kemenangan 2-0 ke atas lawan itu dalam saingan Piala Malaysia sebelum ini.

“Walaupun kehilangan khidmat Sandro Da Silva kerana menjalani penggantun­gan satu perlawanan akibat mengumpul tiga kad kuning, namun saya yakin jentera tengah tidak terjejas kerana saya yakin pemain gantian mampu menjalanka­n tugas dengan baik.

“Bagaimanap­un, saya mahu pemain tetap berwaspada dengan ancaman MU yang sudah pasti tampil bersemanga­t selepas menundukka­n Kelantan 3-0 dalam aksi Piala Malaysia minggu lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia