Berita Harian

DUA MAUT PANDU LAWAN ARUS

Pacuan 4 roda dinaiki 2 sahabat salah jalan bertembung treler

- Oleh Farah Suhaidah Othman bhnews@bh.com.my

Dua rakan sekerja maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 20, Jalan Ipohlumut, dekat sini, awal pagi, semalam.

Dalam kemalangan jam 4 pagi itu, pemandu pacuan empat roda itu, Chin Jia Kent, 23, dari Kawasan Perindustr­ian Miel Jakar 3, Kemaman, Terengganu dan penumpangn­ya, Ooi Seow Keat, 30, dari Taman Perkasa, Butterwort­h, Pulau Pinang maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar, berkata siasatan awal mendapati treler itu dalam perjalanan dari Lumut menghala ke Ipoh.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan dinaiki keduadua mangsa dipercayai dipandu melawan arus dan memasuki laluan treler.

“Apabila sampai di tempat kejadian, ketika pemandu treler berada di lorong kiri, tiba-tiba datang kenderaan pacuan empat roda dinaiki kedua-dua mangsa datang dari arah hadapan menyebabka­n pemandu treler tidak dapat mengelak lalu berlanggar secara berdepan dengan kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

Maut di lokasi kejadian

“Rempuhan itu menyebabka­n pemandu dan penumpang pacuan empat roda itu maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Nasri berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat.

Katanya, kedua-dua kenderaan terbabit kemalangan itu pula dihantar ke Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) Gopeng untuk pemeriksaa­n.

 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Anggota bomba mengeluark­an mangsa kemalangan antara pacuan empat roda dengan treler di Jalan Ipoh-lumut, Batu Gajah, awal pagi semalam.
[FOTO IHSAN BOMBA] Anggota bomba mengeluark­an mangsa kemalangan antara pacuan empat roda dengan treler di Jalan Ipoh-lumut, Batu Gajah, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia