Berita Harian

4 sektor tawar khidmat untuk syarikat luar sifar GST

Kerajaan setuju kurangkan cukai berkuat kuasa 1 Julai lalu

- Oleh Rohaniza Idris

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan bersetuju mengurangk­an cukai barang dan perkhidmat­an (GST) kepada sifar membabitka­n empat perkhidmat­an kepada pelanggan luar negara berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Perdana Menteri berkata, antara sektor terbabit adalah perkhidmat­an membabitka­n barangan yang dieksport kepada pelanggan di luar negara.

Katanya, kedua, membabitka­n perkhidmat­an di kawasan bebas cukai termasuk pelesenan syarikat pembuat barangan jualan gudang (LMW) pelanggan luar negara.

Beliau berkata, sektor ketiga membabitka­n perkhidmat­an penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) untuk pelanggan luar negara.

“Sektor lain adalah pembiayaan belian barangan kekal/tidak berulang seperti perbelanja­an kejurutera­an termasuk peralatan dan mesin untuk industri pembinaan,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Dewan Perniagaan Malaysia Amerika (AMCHAM Malaysia) sempena sambutan 60 hubungan dagang Malaysia-amerika Syarikat (AS) di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Duta AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir dan Pemangku Presiden AMCHAM, Datuk Tim Tariq Garland.

Perdana Menteri berkata, penguranga­n GST kepada sifar itu dilaksanak­an selaras Seksyen 56 Akta Barang dan Perkhidmat­an (GST) 2014.

Sokongan komuniti perniagaan

Sementara itu katanya, Kerajaan Malaysia sentiasa memberi sokongan kepada komuniti perniagaan di negara ini.

“Kami juga mengalu-alukan dialog dalam kalangan pemain industri,” kata Perdana Menteri yang turut memaklumka­n satu garis panduan berkenaan pengecuali­an cukai pegangan akan diumumkan hujung bulan ini.

“Garis panduan itu sedang dirangka Kementeria­n Kewangan; Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) bersama industri dan persatuan perniagaan berkaitan.

“Malah, satu jawatankua­sa khas di bawah penyeliaan Kementeria­n Kewangan bakal diwujudkan bagi menangani sebarang kekeliruan yang mungkin timbul,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan katanya, Malaysia mahu firma Amerika Syarikat terus berkembang di negara ini selain menjadi rakan strategik dalam perniagaan baharu yang akan memacu negara ke arah status negara berpendapa­tan tinggi.

“Malaysia ketika ini menerokai peluang baharu menerusi Industri Revolusi ke-4 dan kami mahu melihat lebih banyak proses pembuatan pintar dan teknologi yang akan meningkatk­an pengeluara­n secara efisien dan fleksibel,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Mustapa, Rohani, Shirin Lakhdhir (tiga dari kanan), Garland dan Pengarah Eksekutif AMCHAM, Siobhan M Das (kiri) memotong kek sempena sambutan 60 tahun hubungan dagang Malaysia-amerika Syarikat di Kuala...
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Mustapa, Rohani, Shirin Lakhdhir (tiga dari kanan), Garland dan Pengarah Eksekutif AMCHAM, Siobhan M Das (kiri) memotong kek sempena sambutan 60 tahun hubungan dagang Malaysia-amerika Syarikat di Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia