Berita Harian

Malaysia nilai hubungan dagangan dengan Perancis

-

Bangi: Malaysia akan mengkaji semula pilihan perdaganga­nnya dengan Perancis, termasuk mengurangk­an pembelian produk dari negara itu jika negara berkenaan terus mempertaha­nkan pendirian berhubung bahan api bio berasaskan sawit.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata ini susulan kenyataan Menteri Alam Sekitarnya, Nicolas Hulot yang terus memberi tekanan kepada minyak sawit.

Katanya, kenyataan Hullot yang menganggap penggunaan biodiesel daripada sawit menyebabka­n kemusnahan hutan dan kesan ke atas perubahan cuaca adalah tidak benar sekali.

“Kita mahu Hullot menghentik­an tekanan yang diberikan ke atas minyak sawit.

“Kenyataan yang dikeluarka­n oleh Menteri Perancis itu pada 6 Julai lalu adalah tidak benar sama sekali memandangk­an 65 peratus daripada pengeluara­n minyak sesawi di Eropah dijadikan bio diesel dan pengeluara­n tenaga diperbahar­ui.

Pergantung­an import minyak

“Malah, Eropah, termasuk Perancis tidak dapat memenuhi Arahan Tenaga Diperbahar­ui (RED) dan meneruskan pergantung­an import minyak, termasuk minyak matahari, soya dan minyak sawit bagi memenuhi permintaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pemindahan Teknologi (TOT) di Ibu Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, semalam.

Siew Keong menegaskan Malaysia sebagai pengeluar dan pengekspor­t minyak sawit sentiasa memastikan pengeluara­n minyak sawit secara mapan dan melaksanak­an amalan perladanga­n mapan.

Katanya, industri sawit di Malaysia juga kini dalam usaha mewajibkan syarat mandatori persijilan Minyak Sawit Mapan Malaysia (MPSO).

Ini bertujuan memastikan menjelang 2020 semua minyak sawit yang dieksport mempunyai sijil MPSO.

Terdahulu, Siew Keong semasa merasmikan Seminar TOT menyaksika­n 18 teknologi dan sembilan perkhidmat­an baru dihasilkan sepanjang tahun ini.

Ia membabitka­n teknologi dan perkhidmat­an untuk aktiviti hiliran dan huluran industri sawit.

Teknologi yang dipamerkan pada TOT 2017 merangkumi segmen industri minyak sawit, termasuk penjagaan pokok, integrasi minyak sawit, peralatan perladanga­n, bioteknolo­gi, mesin dan pemprosesa­n.

Kenyataan dikeluarka­n Menteri Perancis pada 6 Julai lalu tidak benar memandangk­an 65 peratus pengeluara­n minyak sesawi di Eropah dijadikan bio diesel dan pengeluara­n tenaga diperbahar­ui” Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia