Berita Harian

Pemimpin Tunisia puji usaha Malaysia

Berani mendepani isu umat Islam di Asia Tenggara, Asia Barat

- Oleh Syed Azwan Syed Ali syedazwan@bh.com.my Putrajaya

Pemimpin Tunisia, Sheikh Rashed Ghannouchi, memuji tindakan berani Malaysia dalam isu mendepani umat Islam di Asia Tenggara dan Asia Barat.

Rashed yang juga Presiden Ennahda, parti politik Islam di Tunisia, berkata Malaysia memainkan peranan penting dalam isu Palestin, isu penindasan etnik Rohingya di barat Myanmar, isu selatan Thai dan selatan Filipina.

Hargai usaha Malaysia

Katanya, Malaysia juga berjaya memberi imej positif sebuah negara Islam membangun yang disegani masyarakat dunia walaupun mempunyai masyarakat majmuk.

“Kami membincang­kan mengenai isu umat Islam seperti kebangkita­n Arab, dunia Arab dan juga isu Palestin. Kita hargai apa yang kerajaan Malaysia lakukan untuk umat Islam termasuk etnik minoriti Rohingya (di barat Myanmar), selatan Thai dan selatan Filipina,” kata Rashed kepada media di sini, mengulas pertemuann­ya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Seri Perdana, semalam.

Rashed amat dikenali dalam dunia Islam sebagai tokoh Muslim moderat tiba di Malaysia kelmarin sebagai tetamu khas kerajaan dan mengadakan pertemuan tertutup selama tiga jam dengan Najib.

Mengulas lanjut pertemuan dengan Perdana Menteri, Rashed berkata, kedua-dua pihak berbincang mengenai kerjasama dua hala antara Malaysia dan Tunisia dan difahamkan sebuah jawatankua­sa khas ditubuhkan bagi melihat kerjasama dua hala.

Pemimpin Tunisia itu berkata, beliau juga dibawa melawat Tabung Haji dan Felda kelmarin.

“Kita harap syarikat Malaysia akan melabur di Tunisia,” kata Rashed menjelaska­n negara itu boleh menjadi pintu masuk pelaburan Malaysia di negara Arab dan utara Afrika.

Rashed berkata, perbincang­an dengan Najib juga menyentuh mengenai sektor pendidikan bagi membolehka­n pelajar Tunisia melanjutka­n pelajaran di universiti Malaysia.

Parti Ennahda yang diketuai Rashed menang besar pada pilihan raya demokratik pada 2011 pasca kebangkita­n Arab.

Bagaimanap­un, ia tidak mengambil alih tampuk pimpinan di Tunisia, sebaliknya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti sekular bagi memastikan kestabilan di negara itu.

 ??  ?? Sheikh Rashed Ghannouchi
Sheikh Rashed Ghannouchi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia