Berita Harian

Nantikan ‘Langkah Kajang sebenar’: PM

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak, menyifatka­n pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-kajang yang bakal dilancarka­n Isnin ini, sebagai ‘Langkah Kajang sebenar’.

Kenyataan sinis itu yang disampaika­n Perdana Menteri menerusi laman Twitter dan Facebook rasminya, adalah sindiran terhadap langkah politik PKR tiga tahun lalu.

“Langkah Kajang sebenar. Akan datang tujuh hari lagi,” katanya dalam status yang turut diselitkan gambar Stesen MRT Kajang.

Operasi Fasa 2 MRT laluan Semantan-kajang akan dilancarka­n pada 17 Julai ini, sekali gus melengkapk­an jajaran Sungai Bulohkajan­g (SBK) sepanjang 51 kilometer (km). Fasa 1 membabitka­n laluan dari Sungai Buloh ke Semantan sepanjang 21km, mula beroperasi pada 16 Disember tahun lalu.

Bina di kawasan strategik

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepenti­ngan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah, berkata fasa kedua Laluan SBK sejauh 30km itu, mempunyai 19 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah dengan majoriti stesen dibina di kawasan strategik yang tidak ada perkhidmat­an rel bandar.

Stesen berkenaan ialah Muzium Negara, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11, Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih and Merdeka.

Katanya, 14 stesen terletak di kawasan strategik dan padat penduduk bagi memudahkan orang awam berulang-alik ke pusat bandar.

 ??  ?? Catatan dalam akaun Twitter Najib, semalam.
Catatan dalam akaun Twitter Najib, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia