Berita Harian

Perjelas peranan Zuraidah, Chin Cheh sebagai jururundin­g

-

Petaling Jaya: Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh harus tampil memberi penjelasan selepas mereka didakwa menjadi ‘orang tengah’ dalam isu hutang membabitka­n sebuah syarikat swasta kepada Yayasan Selangor.

Presiden Pertubuhan Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK), Datuk Zul Azhari Mohamed Juah, berkata perkara itu didedahkan selepas pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit menerima surat daripada sumber yang mereka enggan dedahkan, minggu lalu.

Katanya, menerusi maklumat yang diterima itu, dinyatakan bahawa syarikat terbabit berhutang RM233,838 kepada Yayasan Selangor sejak enam tahun lalu dan sehingga kini, hutang berkenaan masih belum dijelaskan.

“Turut dinyatakan bahawa Zuraidah dan Chin Cheh mewakili syarikat berkenaan sebagai jururundin­g dan perkara ini menimbulka­n tanda tanya dalam kalangan orang ramai.

“Mengapa Zuraidah yang pada ketika itu adalah seorang pemimpin PKR Selangor bertindak menjadi jururundin­g kepada syarikat terbabit untuk menyelesai­kan hutang berkenaan? Adakah dia menerima sebarang komisen?” katanya.

Nafi dakwaan

Beliau berkata demikian selepas menyerahka­n surat terbuka kepada Pengurus Besar Yayasan Selangor yang diwakili Pengurus Komunikasi Korporat, Zaini Sulaiman.

Di Shah Alam, Zuraida Kamaruddin ketika diminta mengulas kenyataan Zul Azhari berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan menjadi jururundin­g sebuah syarikat swasta yang berhutang sejumlah RM233,833 kepada Yayasan Selangor.

Ketua Wanita PKR itu berkata, pihak yang mengaitkan namanya berhubung dakwaan itu sepatutnya tampil berjumpa atau menghantar surat kepada beliau, bukan membuat kenyataan secara umum terlebih dahulu.

“Siapa jadi jururundin­g? Saya? Apa nama syarikat itu? Saya tidak tahu apa-apa. Macam mana saya nak jawab (soalan wartawan). Saya nafikan dakwaan tidak berasas ini," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Mengapa Zuraidah yang ketika itu seorang pemimpin PKR Selangor bertindak menjadi jururundin­g kepada syarikat terbabit?” Zul Azhari Mohamed Juah, Presiden IMPAK

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia