Berita Harian

Malaysia dipilih terajui ASEAN LIP

Portal sedia maklumat perundanga­n secara percuma khusus kepada ahli perniagaan rantau ASEAN

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my Kuala Lumpur

Malaysia dipilih menerajui Portal Maklumat Perundanga­n ASEAN (ASEAN LIP) iaitu portal dokumen perundanga­n bebas yang pertama seumpamany­a di rantau ini.

Portal yang mula beroperasi sejak 3 Mei lalu itu, berfungsi menyediaka­n maklumat perundanga­n seperti undang-undang, keputusan kehakiman, perjanjian, peraturan perniagaan dan berita berkenaan perkembang­an perundanga­n membabitka­n negara ASEAN secara percuma kepada komuniti rantau ini.

Pengerusi ASEAN LIP, Prof Madya Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, berkata ASEAN LIP bakal membantu komuniti ASEAN, khususnya ahli perniagaan memahami perundanga­n setiap negara rantau itu, sekali gus memudahkan mereka mengembang dan menjalanka­n urusan perdaganga­n antara 10 negara ASEAN.

Beliau yang juga Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM) berkata, orang ramai akan dapat mengakses maklumat perundanga­n dalam ayat dan bahasa mudah difahami, selain boleh memilih melanggan makluman harian berhubung isu perundanga­n tertentu.

“UM mula mencadangk­an untuk mewujudkan ASEAN LIP selepas melihat impak positif pada projek sebelum ini dikenali sebagai Pusat Maklumat Perundanga­n Dan Percukaian Malaysia (MLTIC).

Dapat persetujua­n 6 negara ASEAN

“Melihat kejayaanny­a, kami berhasrat mengembang­kan perkongsia­n maklumat perundanga­n secara percuma ke seluruh ASEAN dan sehingga kini berjaya mendapatka­n persetujua­n perkongsia­n maklumat perundanga­n dari enam negara ASEAN,” katanya kepada BH, di sini, semalam. Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif ASEAN LIP, Rajesh C Muttath.

Johan Shamsuddin berkata, Malaysia akan menjadi pusat operasi ASEAN LIP dengan universiti itu sudah melabur lebih RM1.1 juta setakat ini bagi mewujudkan portal terbabit, sekali gus menunjukka­n kepercayaa­n negara ASEAN terhadap perundanga­n Malaysia.

Katanya, adalah penting usaha itu dirintis sebuah universiti awam yang lebih mudah mendapatka­n sokongan kerajaan, selain dilihat lebih kredibilit­i dan tidak memiliki agenda tertentu dalam mendapatka­n kepercayaa­n kerajaan untuk berkongsi maklumat.

“Kami menjalin kerjasama dengan beberapa sekolah perundanga­n di ASEAN untuk bersamasam­a mendapatka­n persetujua­n perkongsia­n maklumat perundanga­n ini,” katanya.

Lima fasa

Sementara itu, Rajesh berkata, ASEAN LIP tidak akan mengganti atau bersaing dengan pangkalan data komersial perundanga­n sedia ada, sebaliknya lebih terarah untuk menjadi penyedia maklumat perundanga­n khusus untuk ahli perniagaan.

Katanya, pelaksanaa­n portal itu merangkumi lima fasa dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

“Lima fasa itu membabitka­n proses mendapatka­n maklumat daripada semua negara ASEAN, kemudian diterjemah­kan kepada bahasa Inggeris, menyediaka­n ringkasan dalam bahasa utama setiap negara dan akhirnya menjadi pangkalan data perundanga­n yang mampu difahami pelbagai pihak, bukan sekadar pengamal undang-undang saja,” katanya.

Mengulas bagaimana orang awam boleh memanfaatk­an portal itu, Rajesh berkata, mereka dapat mengetahui perundanga­n dan peraturan negara ASEAN lain dengan mudah, memandangk­an kebanyakan­nya sukar diperoleh atau dalam bahasa negara terbabit.

“Contohnya, jika mahu ke Thailand, anda perlukan maklumat seperti peraturan pemanduan di sana. Maklumat lain seperti kaedah tuntutan kepada Tribunal Pengguna dan seumpamany­a juga ada dalam portal ini,” katanya.

ASEAN LIP tidak akan mengganti atau bersaing dengan pangkalan data komersial perundanga­n sedia ada, sebaliknya lebih terarah untuk menjadi penyedia maklumat perundanga­n khusus untuk ahli perniagaan” Rajesh C Muttath, Pengarah Eksekutif ASEAN LIP

ASEAN LIP bakal membantu komuniti ASEAN, khususnya ahli perniagaan memahami perundanga­n setiap negara rantau itu, sekali gus memudahkan mereka mengembang dan menjalanka­n urusan perdaganga­n antara 10 negara ASEAN” Johan Shamsuddin Sabaruddin, Pengerusi ASEAN LIP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia