Berita Harian

Tindakan Pulau Pinang hukum rakyat sendiri

Slogan Cekap, Telus, Amanah dilaung hanya sekadar ucapan

- Oleh Norhaslind­a Abd Wahid

Kerajaan DAP Pulau Pinang umpama menghukum rakyatnya sendiri apabila bertindak mewartakan tempat letak kenderaan di 290 jalan baharu yang selama ini digunakan secara percuma.

Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN negeri, Jason Loo, berkata tindakan itu menunjukka­n bahawa prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang dilaungkan kerajaan negeri sebelum ini hanya sekadar ucapan bagi memenangi hati rakyat.

Pelbagai kesan

Katanya, tindakan mewartakan tempat letak kenderaan berkenaan, sekali gus mengenakan bayaran adalah sesuatu yang menyusahka­n rakyat yang semakin tertekan akibat kesan kenaikan pelbagai harga barang ketika ini.

“Pelaksanaa­n kutipan bayaran tempat letak kenderaan ini menyusahka­n rakyat kerana dahulu bayaran yang dikenakan hanya bagi tempoh mulai jam 9 pagi hingga 5 petang saja, tetapi tempoh itu diubah kepada 8 pagi hingga 6 petang pula.

“Malah lebih membebanka­n apabila bayaran tetap dikenakan ketika cuti umum. Adakah kerajaan negeri terlalu memerlukan wang sehingga terpaksa membuat semua tindakan ini?,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Semalam, Halaman Kota melaporkan rungutan penduduk yang terbeban kerana perlu membayar caj tempat letak kenderaan di kawasan sekitar Bandar Baru Air Itam, Persiaran Karpal Singh, Jalan Servis, Jalan Sevis Lintang Angsana, Jalan Sultan Ahmad Shah, Pasar Jalan Patani dan Pasar Jalan Rajawali mulai 1 Julai lalu.

Peniaga tempatan di kawasan sama juga meluahkan kebimbanga­n pengunjung akan tidak ke kawasan berkenaan lagi selepas ini kerana mereka semestinya memilih ke pasar raya besar yang memberi perkhidmat­an tempat letak kenderaan secara percuma.

Bincang dahulu

Loo berkata, adalah tidak wajar bayaran letak kenderaan dikenakan di kawasan berkenaan ketika ini dan berharap kerajaan negeri dapat menghalusi perkara itu terlebih dahulu dan berbincang bersama orang ramai.

“Apakah ini cara DAP menghukum rakyat tanpa mengambil tahu perasaan mereka? Tindakan ini umpama hukuman selepas DAP mendapat sokongan daripada penyokongn­ya.

“Ketika Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini, tidak banyak jalan yang diwartakan dan rakyat dapat menggunaka­n tempat letak kenderaan awam secara percuma sepanjang masa,” katanya.

 ??  ?? Perwartaan di Jalan Pasar Patani pelaksanaa­n bayaran kutipan tempat parkir kereta baharu yang didakwa membebanka­n pengguna.
Perwartaan di Jalan Pasar Patani pelaksanaa­n bayaran kutipan tempat parkir kereta baharu yang didakwa membebanka­n pengguna.
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia