Berita Harian

8 anggota polis cuai sebabkan tahanan lolos kena dakwa

-

Kuala Lumpur: Lapan anggota polis yang bertanggun­gjawab menyebabka­n seorang tahanan lolos di Pulau Pinang, kelmarin akan didakwa dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya mempunyai saksi mencukupi untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, pihaknya juga akan melihat kelemahan termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP) hingga menyebabka­n kes itu berlaku.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap semua anggota yang terbabit (menyebabka­n tahanan lolos).

Semua akan ditangkap

“Kami nak lihat mana ada kelemahan SOP, jika penyelia didapati terbabit tindakan juga akan ambil terhadapny­a. Semua yang ada kaitan akan tangkap.

“Kami tak akan berkomprom­i dengan perkara seperti ini dan mahu ia dijadikan pengajaran kepada semua anggota,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri Cawangan Khas di Bukit Aman, semalam.

Noor Rashid berkata, pihaknya yakin suspek masih berada di dalam negara dan tangkapan akan dilakukan tidak lama lagi.

Menurut laporan awal, dalam kejadian pada jam 2.30 pagi Ahad lalu, seorang tahanan berusia 45 tahun melarikan diri selepas van polis dinaikinya rosak di persimpang­an lampu isyarat di Relau.

Bagaimanap­un, hasil siasatan ke atas anggota terbabit mendedahka­n kes itu berpunca daripada sikap tidak amanah semua mereka.

Lapan anggota polis berumur 27 hingga 59 tahun turut dikatakan membuat laporan palsu mendakwa tahanan itu melarikan diri selepas van polis yang membawa mereka rosak sedangkan mereka menerima sejumlah wang sogokan untuk membawa tiga orang tahanan bertemu keluarga masingmasi­ng di Sungai Ara, sebelum seorang daripada mereka melarikan diri selepas bertemu kenalannya di Sungai Nibong Besar.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Noor Rashid (tiga dari kiri) bersama Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Fuzi Harun (dua dari kiri) menyerahka­n sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim Pusat Jagaan Al-hidayah pada Majlis Jamuan Aidilfitri Cawangan Khas di Bukit Aman, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Noor Rashid (tiga dari kiri) bersama Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Fuzi Harun (dua dari kiri) menyerahka­n sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim Pusat Jagaan Al-hidayah pada Majlis Jamuan Aidilfitri Cawangan Khas di Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia