Berita Harian

CDC bantu sedia latihan untuk pekerja diberhenti­kan

Bekas kakitangan lebih berjaya selepas sertai bidang kerjaya baharu

- Oleh Nadia Hamid nnadia@bh.com.my

Hampir 36 tahun mengabdika­n diri sebagai Penyelia Kru Kabin Penerbanga­n Malaysia (MAS), Abdul Munir Abdul Hamid, tidak pernah menyangka rezekinya bersama syarikat penerbanga­n terkemuka dunia berakhir pada usia 55 tahun.

Beliau menyertai MAS sejak 1980, ketika usia 19 tahun, antara kakitangan kabin terbaik MAS diberi pengiktira­fan cemerlang setiap tahun termasuk antara dua kabin kru terpilih menyertai penerbanga­n penghantar­an percubaan melalui Kutub Utara, sekitar 1998.

Perkembang­an kerjayanya terhenti apabila MAS mengumumka­n tentang pemberhent­ian kakitangan secara berperingk­at bermula Jun 2015 hingga Jun 2016, selari dengan pelaksanaa­n pelan pemulihan MAS.

“Saya bangga menjadi sebahagian daripada kakitangan penerbanga­n terbaik di dunia dan menikmati saat-saat manis era kegemilang­an MAS.

“Tidak dinafikan ketika menerima surat diberhenti­kan, saya agak takut dan sedih terpaksa meninggalk­an kerjaya paling diminati dan sebati kerana MAS mengalir dalam darah saya. Bagaimanap­un, kita hanya merancang tetapi Allah menentukan segalanya,” katanya kepada BH.

Sertai skim dianjur CDC

Perasaan dukacita Abdul Munir hanya sementara, iaitu selepas empat bulan menganggur beliau membuat pilihan bijak menyertai penempatan semula kerjaya di bawah Pusat Pembanguna­n Korporat (CDC), sebuah inisiatif yang diperkenal­kan oleh Khazanah Nasional Berhad.

Menerusi kursus selama tiga hari, beliau diajar cara memohon dan memilih pekerjaan baharu, kursus Microsoft dan Bengkel Hala Tuju Kerjaya, yang melayakkan­nya sebagai tenaga pengajar dan penceramah kru kabin syarikat penerbanga­n di negara ini.

Terbaharu, beliau memiliki kerjaya tetap sebagai Pengurus Residen, sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, yang membolehka­nnya mempraktik­kan amalan melayan pelanggan dan bertemu orang ramai khususnya, individu ternama seperti kerjaya dahulu.

Abdul Munir berkata, individu berdepan saat getir kehilangan pekerjaan perlu menerima perubahan secara positif, reda dengan perancanga­n Tuhan dan terus berusaha kerana rezeki milik Allah.

Bagi kerani bahagian operasi eksport MAS, Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki, 40, perkhidmat­an selama 18 tahun dalam bidang itu memberi pilihan buatnya memilih kerjaya baharu sebagai usahawan perniagaan logistik.

Beliau ditamatkan perkhidmat­an pada Jun 2016, berkata pada awalnya beliau seakan tidak percaya diberhenti­kan dan mengalami tekanan emosi.

“Perasaan seorang yang makan gaji, apabila diberhenti­kan dan hilang punca pendapatan , kita akan rasa seperti dianiaya, moral jatuh dan tidak semangat untuk cari kerja baharu.

“Tetapi saya cakap pada diri sendiri supaya jangan panik. Bila syarikat beri surat berhenti kerja, Alhamdulil­lah saya tidak panik,” katanya.

Abang Nor bernasib baik ditawarkan perkhidmat­an peralihan kerjaya dan seminggu berikutnya, menjalani penempatan semula kerjaya di bawah CDC.

Kerjaya stabil, maju

“Ceburi bidang perniagaan yang kita mahir. Saya memilih perniagaan logistik kerana sudah arif dalam bidang ini. Dalam tempoh dua tahun, syarikat saya, ZF Logistik Sdn Bhd menawarkan perkhidmat­an kepakaran penghantar­an barang kargo udara, darat dan terbaharu, laut,” katanya.

Abang Nor bukan sahaja memiliki kerjaya baharu, tetapi mendapat kepercayaa­n pelanggan pengeluar kereta berjenama mewah antaranya, Ferrari, Porsche, Rollsroyce dan Range Rover.

Bumiputera anak Sarawak pertama menceburi perniagaan logistik itu juga turut diberi kepercayaa­n membuat penghantar­an terbesar membabitka­n 50 motosikal kuasa tinggi, Gordon Smith, untuk perjalanan dua hala Kuala Lumpur-sabah.

 ??  ?? Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki
Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki
 ??  ?? Abdul Munir Abdul Hamid
Abdul Munir Abdul Hamid
 ??  ?? Program CDC anjuran Khazanah Nasional Berhad membuka peluang kerjaya baru buat kru MAS yang ditamatkan perkhidmat­an.
Program CDC anjuran Khazanah Nasional Berhad membuka peluang kerjaya baru buat kru MAS yang ditamatkan perkhidmat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia