Berita Harian

Berhijrah kerjaya bukan penamat kehidupan

-

Kuala Lumpur: Penghijrah­an kerjaya lama sebagai kru kabin syarikat penerbanga­n nombor satu di dunia, Penerbanga­n Malaysia (MAS), kepada kerjaya baharu bukanlah penamat kehidupan glamour kakitangan MAS yang diberhenti­kan secara berperingk­at, Jun 2015 hingga Jun 2016.

Bagi Lynley Goh Choon Yin, 32, beliau masih berpeluang memiliki kerjaya tetap dalam industri glamour dan menepati minatnya, iaitu bertemu serta melayan pelanggan.

“Ketika ini saya bekerja sebagai pengurus butik ternama di Melaka, dengan bantuan Pusat Pembanguna­n Korporat (CDC). Diberhenti­kan kerja bukanlah penamat kehidupan kerana kita masih boleh berusaha untuk cari pekerjaan baharu.

Pelajari perkara baharu

“Usia muda adalah bonus. Personalit­i saya adalah suka berkerja dan menceburi dunia pekerjaan secara separuh masa ketika usia 16 tahun, seterusnya kru kabin pada usia 18 tahun,” katanya ketika dihubungi BH.

Lynley berkata, beliau turut bekerja sebagai kru kabin pesawat peribadi selepas diberhenti­kan bagaimanap­un, peluang dalam kerjaya itu terhad.

Mengakui ada kalanya merindui kerjaya lama, Lynley berkata, beliau tidak pernah tersilap langkah mengambil inisiatif menyertai CDC kerana banyak perkara baharu dipelajari yang akhirnya melayakkan beliau diterima bekerja semula dalam industri komersial.

Beliau berkata, antara kursus dihadiri bagi meningkatk­an kemahiran insaniah dan kualiti diri adalah kursus Microsoft Office, CDW, Bahasa Inggeris serta panduan menjalanka­n perniagaan.

“Ada kalangan rakan lama tidak percaya dengan bantuan CDC, tetapi hasilnya, saya positif dan berjaya dapat kerja. Mungkin ada perbezaan cara hidup daripada kerjaya lama tetapi kita mempunyai pilihan untuk berubah dan menerima situasi semasa,” katanya.

Lynley positif bahawa kehilangan pekerjaan lama memberikan sirna dan hikmah, iaitu dapat bersama suami dan keluarga, selain anak membesar di depan mata.

 ??  ?? Lynley Goh Choon Yin
Lynley Goh Choon Yin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia