Berita Harian

JPN kaji hukuman denda lebih berat

Sikap ambil mudah, cuai jadi punca

- Oleh Mohd Rafi Mamat bhnews@bh.com.my

Cuai dan ambil mudah antara punca sebanyak 159,000 Mykad masih belum dituntut di pejabat Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) seluruh negara.

Meskipun sudah dimaklumka­n kad pengenalan sementara yang diberikan sewaktu memohon Mykad hanya sah untuk tempoh tiga bulan, namun ada segelintir pemohon ‘menyimpann­ya’ sehingga dua tahun.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohd Yazid Ramli, berkata antara faktor menyumbang kepada keadaan itu adalah sikap pemohon yang sambil lewa serta tidak mengambil berat berkaitan dokumen pengenalan diri masing-masing.

Pemohon buat lupa

“Ada yang tidak menuntut Mykad lebih dua tahun dan menggunaka­n kad pengenalan sementara untuk urusan harian sedangkan kita sudah maklumkan ia hanya sah untuk tiga bulan.

“Sikap pemohon yang tidak mempunyai kesedaran mengenai kepentinga­n Mykad ini dilihat menjadi faktor peningkata­n jumlah Mykad yang tidak dituntut, ada juga di antara mereka yang mungkin buat-buat lupa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Projek Hab Percetakan Teragih Mykad (DPP) dan Majlis Penyerahan Mykad di JPN Pekan, di sini, semalam.

Katanya, pihaknya kini mempertimb­ang mengenakan tindakan lebih berat kepada pemohon termasuk tindakan udang-undang atau denda bagi memberi kesedaran kepada mereka.

Sementara itu, mengulas mengenai DPP yang dilancarka­n semalam, Mohd Yazid berkata, sehingga kini, 36 daripada 55 pejabat JPN di seluruh negara dijadikan Hab DPP yang boleh mencetak Mykad dari pejabat JPN berdekatan (Sub Hab) sekali gus dapat memendekka­n tempoh pengeluara­n Mykad kepada hanya lima hari di Semenanjun­g dan tujuh hari di Sabah dan Sarawak.

Katanya, Hab DPP adalah penambahba­ikan kepada sistem DPP yang mula dilaksanak­an sejak 2010 dan ia adalah untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohd Yazid bersama penerima Mykad di JPN Pekan, semalam.
[FOTO BERNAMA] Mohd Yazid bersama penerima Mykad di JPN Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia