Berita Harian

Suami Ezlynn setuju selesai proses cerai secara baik

-

Kuala Lumpur: Kisah rumah tangga penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn, bakal berakhir selepas suaminya bersetuju menyelesai­kan proses perceraian mereka dengan cara baik.

Perkara itu diberitahu Peguam Syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili defendan, Adam Fahmy Shamsuddin, 38, di hadapan Hakim Syarie Mohamad Hizwan Mohamed.

Ahmad Nazib memberitah­u Mahkamah Rendah Syariah di sini, bahawa anak guamnya bersetuju bercerai cara baik, namun defendan mencadangk­an supaya satu draf perjanjian dibuat dan akan diserahkan kepada Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, selaku plaintif.

Defendan bagaimanap­un tidak hadir dalam prosiding sebutan kes semalam.

Terdahulu, Peguam Syarie Izyan Hazwani Ahmad yang mewakili Ezlynn memaklumka­n kepada mahkamah bahawa anak guamnya terkejut dengan tindakan defendan yang mahu mengemukak­an cadangan perjanjian penyelesai­an kes perceraian mereka.

“Pihak defendan sedang mencadangk­an penyelesai­an. Kami bagaimanap­un masih belum menerima cadangan itu,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Nazib ketika ditemui di luar mahkamah, berkata antara cadangan perjanjian yang akan dikemukaka­n adalah hak selepas perceraian termasuk harta sepencaria­n, edah dan muta’ah.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas berhubung cadangan perjanjian itu dengan lebih terperinci.

Terkejut suami ubah fikiran

Ezlynn pula ketika menjawab pertanyaan media, memberitah­u beliau terkejut dengan cadangan suaminya itu kerana sebelum ini Adam Fahmy tidak mahu melepaskan beliau selepas memfailkan perceraian secara baik tanpa menuntut sebarang hak.

Mahkamah menetapkan 21 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan mendengar keputusan cadangan perjanjian yang akan didengar kedua-dua pihak.

Kedua-dua pihak yang sebelum ini diarah menghadiri sesi Jawatankua­sa Pendamai (JKP) berkahwin pada 20 November 2011.

 ??  ?? Ezlynn ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi prosiding perceraian­nya, semalam.
Ezlynn ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi prosiding perceraian­nya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia