Berita Harian

Hanya 600,000 pendatang masih diburu

Dakwaan NGO ada 1.3 juta masih bebas anggaran tak tepat

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Jabatan Imigresen menganggar­kan kira-kira 600,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih ‘bebas’ bekerja di negara ini, bukannya 1.3 juta orang.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata walaupun beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan ada kirakira 1.3 juta PATI yang masih bebas, anggaran pihaknya itu adalah berdasarka­n beberapa operasi terdahulu serta siasatan yang dijalankan.

Sehubungan itu, katanya, manamana majikan atau sesiapa saja cuba untuk menyorok PATI, mereka akan dikenakan tindakan sewajarnya serta denda yang ditetapkan dalam Akta Imigresen.

Lebih ramai bakal didakwa

“Sehingga kini, seramai 63 majikan sudah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutny­a. Kita jangkakan lebih ramai lagi yang akan didakwa selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Imigresen, di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Masir Kujat serta Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye.

Serah diri menerusi program 3+1

Ditanya mengenai program E-kad, Mustafar berkata pihaknya tidak akan membuat sebarang lanjutan bagi program itu.

“Kami sudah memberi tempoh kepada majikan untuk mendaftar pekerja yang tiada permit dalam program E-kad iaitu pas sementara bagi membolehka­n mereka bekerja di sini.

“Tempoh yang diberikan sebelum ini sudah memadai. PATI atau majikan yang gagal mendapatka­n E-kad, boleh menyerah diri melalui program 3+1 atau melalui program ‘rehiring’. Kedua-dua program ini akan tamat pada 31 Disember depan,” katanya.

Di bawah program 3+1, PATI cuma perlu membayar denda sebanyak RM400 dan seterusnya membeli tiket kapal terbang dan pulang ke negara masing-masing.

 ?? [FOTO NOOR ATIQAH SULAIMAN/BH] ?? Nur Jazlan bersama Mustafar ketika hadir pada majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Imigresen di Putrajaya, semalam.
[FOTO NOOR ATIQAH SULAIMAN/BH] Nur Jazlan bersama Mustafar ketika hadir pada majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Imigresen di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia