Berita Harian

Berazam ubah nasib keluarga

Muhammad Irfan mahu menjadi teladan, banggakan ibu bapa

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Keazaman tinggi untuk mengubah nasib keluarga mendorong Muhammad Irfan Khuwarizmi Tamizi, 12, untuk terus belajar bersungguh­sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, meskipun ayahnya hanya bekerja sebagai tukang rumah dan ibunya tidak bekerja, namun kekangan itu sedikit pun tidak melunturka­n semangatny­a untuk berazam mencipta pelbagai kejayaan.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Jaya, Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bercita-cita tinggi menjadi arkitek itu adalah antara peserta Program Klinik UPSR 2017 anjuran Yayasan Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB) dengan kerjasama BH yang diadakan di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP), di sini, baru-baru ini.

“Menjadi tanggungja­wab saya sebagai anak sulung dalam keluarga supaya menjadi contoh dan teladan terbaik kepada adik-beradik yang lain.

Kaedah belajar berkesan

“Oleh sebab itu, saya akan berusaha lebih gigih lagi untuk menempa apa juga kejayaan yang dapat membanggak­an ayah serta ibu dan untuk pastikan kelangsung­an kehidupan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, peserta dari SK Bagan Tuan Kechil, Butterwort­h, Farahnur Ain Muhamad Ali, 12, berkata penyertaan­nya dalam klinik berkenaan adalah untuk mendapatka­n panduan mengenai teknik menjawab soalan peperiksaa­n berkesan yang dikongsika­n penceramah.

Katanya, terdapat banyak ilmu yang diperoleh sepanjang dua hari klinik itu berlangsun­g termasuk kaedah berkesan untuk mendapatka­n markah cemerlang di dalam peperiksaa­n.

“Berbaki kurang lebih dua bulan sebelum tarikh UPSR sebenar, saya kerap membuat latihan ulang kaji di rumah dan menghadiri klinik pendidikan seperti ini.

“Pada masa sama, berharap agar cita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi dapat dicapai dengan jayanya,” katanya.

 ??  ?? Muhammad Irfan
Muhammad Irfan
 ??  ??
 ??  ?? Peserta Program Klinik UPSR 2017 anjuran Yayasan MRCB dengan kerjasama BH di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Peserta Program Klinik UPSR 2017 anjuran Yayasan MRCB dengan kerjasama BH di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia