Berita Harian

Ingat mati tingkat produktivi­ti ibadah

Setiap manusia pasti akan mati. Justeru, mengingati kematian bukan perkara melemahkan kita, sebaliknya lebih bersemanga­t melakukan amal ibadah sebagai mengisi bekalan menuju akhirat. Ikuti perbincang­an bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam rancangan Islam

-

Anas bin Malik meriwayatk­an Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ‘tanda-tanda kiamat adalah berlakunya banyak kematian yang mendadak.’ Jika diperhatik­an keadaan kematian yang berlaku pada hari ini memang amat tepat apa yang diberitahu oleh Rasulullah. Menerusi rancangan Islam Itu

Indah, Ustaz Pahrol Muhamad Juoi, berkata dalam situasi kehidupan hari ini, banyak kematian yang tidak disangka-sangka seperti kemalangan, sakit yang mendadak atau orang yang meninggal dunia tanpa disangkasa­ngka asbabnya.

Kejadian ini membenarka­n apa yang diucap oleh Nabi Muhammad SAW.

Apabila berbicara mengenai kematian dan hal-hal berkaitann­ya, sebenarnya kematian itu adalah peringatan kepada mereka yang masih hidup.

Kematian itu seolah-olah satu ‘butang’ untuk mengajak kita mengingati sejenak bahawa kematian adalah saat yang akan ditempuhi oleh sesiapa sahaja tanpa berkecuali, manakala setiap yang akan menempuh kematian harus melakukan persediaan sebelum melaluinya.

Setiap manusia atau makhluk pasti akan merasai mati. Kematian itu mendekati sesiapa sahaja yang hidup. Seperti kata hukamak “perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan, ianya suatu kebenaran yang berlaku dan pastinya menghampir­i sesiapa sahaja”.

Persiapan menuju kematian

Dalam melengkapk­an kehidupan, manusia akan menyiapkan diri dengan pelbagai persiapan. Contohnya apabila tiba bulan puasa, kita akan mempersiap­kan diri dengan pelbagai perkara untuk menghadapi bulan puasa, begitu juga apabila menyambut hari raya kita akan membuat persiapan menyambut hari raya.

Begitu juga dengan hari kematian yang begitu pasti untuk kita laluinya. Orang yang mahu berjaya dalam apa juga yang dilaluinya perlu membuat persiapan atau persediaan kerana dengan membuat persiapan kita akan mendapat hasil yang terbaik.

Hakikatnya apabila berbicara mengenai mati, bukan bererti kita harus terlalu serius hingga kita tidak melakukan urusan lain melainkan ibadah untuk akhirat semata-mata sahaja. Sesungguhn­ya apabila berbicara persiapan mati, kita boleh berfikir di luar kotak dengan menjadikan persediaan mati itu akan menggerakk­an kita ke arah kehidupan yang lebih produktif.

Dengan kata lain, dengan mengingati kematian menjadikan kita lebih meningkatk­an produktivi­ti kerja.

Mengingati mati menjadikan kita untuk lebih dekat dengan Allah SWT. Bahkan orang yang ingat mati akan membersihk­an dirinya dengan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. Orang yang selalu bertaubat adalah orang yang akan mendapat kasih sayang Allah SWT.

Bayangkan orang yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah pastinya menjadi orang yang mendapat rahmat Allah SWT dunia dan akhirat.

Sering bertaubat

Seseorang yang bersih daripada noda dan dosa dengan selalu bertaubat akan selalu mendapat bantuan Allah SWT. Allah akan memberikan bantuan dalam apa juga bentuk. Umpamanya, bagi seorang peniaga Allah akan bantu dalam urusan perniagaan­nya. Pengurus pula umpamanya, Allah akan membantuny­a mengurus pekerjaann­ya dengan memudahkan urusan dirinya dengan kakitangan­nya.

Setiap kemudahan yang kita lalui dengan bantuan Allah itulah yang disebut sebagai rezeki atau keuntungan.

Begitu juga dalam urusan harian dengan kurniaan rezeki seperti kebahagiaa­n, kesihatan, ketenangan dan kelapangan jiwa juga adalah sebahagian daripada keuntungan hasil daripada bantuan Allah kepada orang yang selalu mengetuk pintu taubat.

Justeru, jika kita faham akan hidup ini tidak panjang, suatu saat yang ditentukan­nya, kita semua akan kembali kepada Allah Maha Pencipta. Mengingati akan perkara ini pastinya akan menjadikan kita untuk terus meningkatk­an produktivi­ti dalam pelbagai urusan seperti kerja dan ibadah, kerana dunia ini adalah jambatan untuk menuju akhirat.

Kematian adalah waktu untuk kita menemui Allah SWT. Oleh itu, persiaplah diri kita dengan bekalan yang secukupnya agar kita mendapat tempat ketakwaan yang tertinggi di sisi-nya.

Sekiranya kita berasa penat dengan dunia di atas segala kerja keras kita untuk menyiapkan bekalan di kampung akhirat kelak, ia adalah wajar kerana tempat rehat yang sebenar-benar adalah di syurga Allah SWT.

Justeru, mati itu bukan perkara yang boleh melemahkan harapan dan impian kita, tetapi dengan mengingati mati kita akan terus bersemanga­t menjalani kehidupan dengan penuh makna dan kerahmatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia