Berita Harian

Ferrari tolak spekulasi ambil semula Alonso

-

London: Peluang serta pilihan Fernando Alonso untuk kekal di saingan Formula Satu (F1) 2018 musim depan tampak semakin samar apabila presiden Ferrari, Sergio Marchionne menolak spekulasi yang mengatakan juara dunia dua kali itu akan kembali ke Scuderia, musim depan.

Kontrak tiga tahun Alonso di Mclaren semakin sampai di penghujung­nya dan dikatakan bakal mempertimb­angkan pilihannya untuk kembali selepas berdepan musim penuh mengecewak­an yang berpunca daripada prestasi Hamilton.

Ekoran itu, terdapat spekulasi Alonso akan kembali ke pasukan Ferrari yang pernah disertainy­a dari tahun 2010 hingga 2014 bagi menggantik­an Kimi Raikkonen semakin goyah selepas Marchionne menyifatka­nnya sebagai ‘lembap’ ketika Grand Prix (GP) Austria.

Namun, Marchionne berkata: “Kami sudah menerima permin- taan Alonso untuk kembali ke Ferrari namun kami mempunyai dua pemandu yang bagus, jadi sukar untuknya kembali pada masa ini.”

Dengan mengandaik­an Ferrari terkeluar daripada spekulasi itu, satu lagi peluang yang ada adalah menyertai Mercedes namun ia juga tampak mustahil selepas Valtteri Bottas menunjukka­n kemampuann­ya dengan meraih kemenangan kedua musim ini di Austria.

Ketika Mercedes masih berteka-teki dengan kontrak Bottas, Lewis Hamilton sama sekali tidak meletak sebarang jangkaan untuk melihat Alonso berada di sampingnya pada masa terdekat ini.

“Saya gembira dengan rakan sepasukan yang ada, jadi ia tidak langsung bermain di fikiran saya mengenai proses sekarang ini,” kata Hamilton.

Biarpun kata-kata Marchionne itu tampak seakan tiada sebarang perubahan bakal dilakukan dalam senarai pemandu Ferrari musim depan dengan Sebastian Vettel dijangka bakal diikat semula, masa depan Raikkonen bagaimanap­un jelas samar.

Pemandu Finland itu masih mempunyai baki setahun - yang diumumkan tahun lalu di GP British - tetapi Ferrari dikatakan sedang menimbang untuk mendapatka­n pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia