Berita Harian

‘Nyawa pelumba tak penting’

Ramai tarik diri selepas terbabit kemalangan di laluan penuh berisiko

-

Richie Porte dan Geraint Thomas, dua daripada lima pencabar utama pada ketika ini, menarik diri daripada perlumbaan Tour de France selepas terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit di jalan raya licin serta basah.

Kedua-duanya mengalami patah tulang selangka, manakala pelumba Australia, Porte juga retak tulang pelvis.

Tiga lagi pelumba menarik diri selepas kemalangan Ahad lalu pada peringkat sembilan yang dianggap amat sukar manakala pelumba Poland, Rafal Majka berjaya menamatkan saingan tetapi semalam mengumumka­n dia tidak akan bertanding.

Terlalu bahaya

Perkembang­an dramatik itu mencetuska­n perdebatan sama ada situasi menurun bukit pada Tour terlalu merbahaya.

Dan Martin, yang dua kali terbabit dalam dua kemalangan ketika menurun bukit di Mont du Chat kelmarin berkata, penganjur ASO memberi lebih perhatian lebih kepada keunikan perlumbaan itu dan meletakkan nilai tontonan melebihi keselamata­n pelumba.

“Mereka sudah dapat apa yang mereka mahukan,” katanya selepas peringkat sembilan.

Lebihkan kehendak penonton

Nairo Quintana, tiga kali penamat podium di Tour, berkata laluan menurun bukit memang terlalu bahaya.

“Penonton sudah cukup menyaksika­n kami berdepan kesukaran ketika pendakian, (sekarang) keadaan lebih bahaya ketika menurun bukit dengan kemalangan berlaku setiap hari,” kata pelumba berusia 27 tahun dari Columbia itu.

“Kami kehilangan rakan sepasukan (Alejandro Valverde) dalam kemalangan. Ahad lalu adalah sangat sukar, dengan Porte dan Thomas, yang terjatuh empat kali (ketika Tour) - saya harap mereka akan pulih.

“Saya sudah menghantar mesej kepada penganjur jadi mereka akan memikirkan mengenai pelumba.

“Mereka lebih memikirkan mengenai tontonan berbanding nyawa pelumba.”

Adakah tidak cukup penonton melihat kami berada dalam keadaan sukar lebih daripada 190 denyutan seminit pada pendakian, (sekarang) ketika menurun bukit ketika kemalangan berlaku setiap hari” Nairo Quintana, Pelumba basikal Colombia

 ??  ??
 ??  ?? Laluan berbukit yang dilalui pelumba Tour de France terlalu berisiko kerana mengundang kemalangan.
Laluan berbukit yang dilalui pelumba Tour de France terlalu berisiko kerana mengundang kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia