Berita Harian

Mayweather minta tangguh bayar cukai 2015

-

Los Angeles: Floyd Mayweather meminta pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) memberikan lebih banyak masa untuk membayar cukainya pada 2015 - tahun pertarunga­n mega dipenuhi wang ketika berdepan Manny Pacquiao.

Mayweather, yang kembali daripada persaraan untuk menentang bintang UFC, Conor Mcgregor bulan depan, meminta supaya dibenarkan menyelesai­kan cukai 2015 selepas dibayar untuk pertarunga­n pada 26 Ogos ini selepas cukai itu difailkan semalam.

Pertarunga­n menentang Mcgregor dijangka akan memberikan Mayweather bayaran sembilan angka, menambah jumlah wang kariernya yang sudah melebihi 700 juta pound (RM3.007 bilion), menurut majalah Forbes.

Cukai IRS tidak cair

Walaupun petinju berusia 40 tahun itu mengumpul sebanyak 220 juta pound (RM945.22 juta) bagi pertarunga­n pada Mei 2015 menentang Pacquiao, fail dikemukaka­n kepada pihak berkuasa cukai Internal Revenue Service (IRS) mengikut Law360.com, mengatakan kebanyakan aset Mayweather ‘tidak cair’.

“Walaupun pembayar cukai memiliki aset, aset berkenaan terhad dan sebahagian besar tidak cair,” kata petisyen itu.

Jumlah kecairan akan meningkat selepas pertarunga­n dengan Mcgregor.

“Pembayar cukai ada acara yang mencukupi untuk meleburkan aset dalam tempoh 60 hari dengan dia bercadang untuk membayar baki tunggakan cukai 2015 dan hutang,” kata fail berkenaan.

Mayweather bersara daripada tinju selepas menewaskan Andre Berto pada September 2015.

 ??  ?? Floyd Mayweather
Floyd Mayweather

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia