Berita Harian

Hafifi akui kecederaan sukar pulih

-

Kuala Lumpur: Badang negara, Hafifi Mansor memberi bayangan betapa kecederaan paha kiri yang dialaminya ketika berlatih di Liaoning, China, pada awal bulan lalu sukar untuk pulih menjelang pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos ini.

Namun, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu belum berputus asa ketika mana dia terus giat menjalani rawatan intensif di Institut Sukan Negara (ISN).

“Memang saya masih bersemanga­t untuk ke KL2017 tetapi saya dapat rasakan kaki kiri saya tak sempat pulih tepat pada masanya.

“Saya masih belum bersedia mengangkat bendera putih, ini kerana ia akan menjadi penampilan kedua saya di Sukan SEA dan saya mahu mencipta sejarah muncul atlet pertama negara memenangi pingat emas dalam acara angkat berat,” katanya semalam.

Otot kaki kiri koyak

Pada pertengaha­n bulan lalu, anak jati Terengganu itu dihimpit kecederaan ketika menjalani latihan di China sehingga menyebabka­n otot kaki kirinya koyak sepanjang 15 sentimeter (cm).

Sejurus pulang ke tanah air bagi mendapatka­n rawatan lanjut, doktor di ISN memberikan­nya tempoh selama enam minggu untuk pulih, tetapi dengan temasya dwitahunan itu kini berbaki 37 hari Hafifi merasakan terlalu suntuk untuknya menyiapkan diri.

Kekecewaan yang dialami jaguh angkat berat negara berusia 28 tahun itu begitupun sedikit terubat apabila dia disahkan diberi penghormat­an membawa obor untuk Terengganu hujung minggu ini.

“Saya gembira untuk diberi penghormat­an ini dan walaupun saya belum pasti dapat beraksi di Sukan SEA tetapi sekurangku­rangnya saya diberi penghormat­an untuk membawa obor Sukan SEA sebelum diserahkan kepada Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman),” katanya.

Sebanyak lima pingat emas ditawarkan acara angkat berat pada temasya SEA kali ini dengan ia akan berlangsun­g di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

 ??  ?? Hafifi Mansor
Hafifi Mansor
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia