Berita Harian

Khairul Hafiz janji kejutan

The Speedy Jantan mahu tebus kecewa ketika aksi final pecut 100 meter di ATF India

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan akan melakar kejutan di hadapan ribuan penyokong negara di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Ogos ini.

Ia bagi menebus secebis kekecewaan selepas didakwa melakukan ‘false start’ ketika aksi final pecut 100 meter (m) di Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) Ke-22 di Bhubaneswa­r, India, 7 Julai lalu sekali gus menyebabka­n lariannya dibatalkan.

“Bagi saya, ia adalah satu hikmah dan bukan sesuatu yang dijangka, kita hanya merancang Allah yang menentukan.

“Lagipun tumpuan utama sebagaiman­a dipesan jurulatih hanyalah KL2017. Namun, kejadian ‘false start’ di India tetap saya dijadikan pengajaran .

“Mungkin nanti di KL2017, saya akan buat kejutan untuk rakyat Malaysia...insya-allah,” katanya katanya ditemui sebaik tiba dari India di Klia2 di sini, semalam.

Namun, Khairul Hafiz mendakwa kejadian ‘false start’ itu sebenarnya dilakukan oleh pelari di lorong kelima, bukan dirinya, namun keputusan pengadil adalah muktamad.

Masalah sistem

“Saya akui agak terkilan kerana ia berlaku berpunca daripada masalah sistem. Apapun, mungkin bukan rezeki saya lagi,” katanya.

Khairul Hafiz yang dikenali sebagai The Speedy Jantan mengakui dia sudah kembali mendapat rentak larian di ATF, malah turut melakar pencapaian terbaik di sana, dengan catatan 10.24s.

“Sasaran saya di India sebenarnya hendak dapatkan rentak larian, dapatkan catatan masa balik. Sewaktu saringan saya sudah temui rentak itu (10.28s) dan untuk separuh akhir saya dapat lakukan catatan 10.24s,” katanya.

Pemegang rekod kebangsaan acara pecut 100m dengan kepantasan 10.18s itu turut mengulas rangkaian 4x100m bersama gandingan Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa dan Badrul Hisyam Abdul Manap, mampu memberi cabaran di KL2017.

 ??  ?? The Speedy Jantan beri bayangan akan melakar kejutan di KL2017.
The Speedy Jantan beri bayangan akan melakar kejutan di KL2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia