Berita Harian

Latihan Misbun jam 6.30 pagi

Jurulatih perseorang­an negara bentuk pemain berdasar kecergasan, kebolehan

- Oleh Helmi Talkah

Selepas seminggu memulakan tugas selaku ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Misbun Sidek mengakui dapat merasai keinginan pemain untuk dibimbing bagi berada pada tahap yang lebih tinggi.

“Saya lihat daripada prestasi pemain ketika latihan, saya nampak ada peningkata­n daripada deria rasa mereka, maksudnya mereka seolah-olah mahu dilatih bagi meningkat ke tahap lebih tinggi.

“Buat masa ini saya cuba nak bentuk pemain-pemain ini berdasarka­n kekuatan mereka termasuk kecergasan dan kebolehan,” kata Misbun ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, semalam.

Mengulas lanjut, Misbun yang membantu Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak Olimpik pertamanya pada 2008 di Beijing, berkata fokus utama beliau adalah untuk meningkatk­an tahap kecergasan semua pemain.

Pusingan ketiga

“Yang paling penting adalah ketahanan mereka. Kalau kita bermain dalam kejohanan kita akan bermain sebanyak enam pusingan sehingga final, jadi kekuatan mereka itu perlu sama dengan lima pemain.

“Banyak pemain bila menjalani latihan merasakan mereka cergas tetapi bila sampai masuk pusingan ketiga sudah tidak boleh tahan, rasa sakitsakit semua.

“Jadi, tahap kecergasan untuk menghadapi setiap kejohanan adalah penting,” kata Misbun.

Ditanya mengenai perubahan waktu latihan yang kini bermula seawal jam 6.30 pagi sejak beliau kembali menjadi jurulatih, Misbun jelas ada alasan yang tersendiri.

“Saya cuba untuk bermula lebih awal, jadi disebabkan dewan gelanggang pun buka jam 6.30 pagi, jadi waktu itu saya mahu terus mula saja.

“Apabila saya bermula awal, pemain akan mula sedar dan tidur awal. Ini kerana kecergasan lebih penting pada keesokan paginya, jika saya tidak buat begini, mereka nanti fikir mereka tidak diberi perhatian,” katanya.

 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ?? Misbun ‘mendera’ anak didiknya dalam sesi latihan.
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] Misbun ‘mendera’ anak didiknya dalam sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia