Berita Harian

Najmi sahut cabaran

Hoki dalam dewan beri saingan lebih besar

- Oleh Naqib Nor Said

Persoalan mengenai kedudukan Najmi Farizal Jazlan akhirnya terlerai selepas pertahanan Malaysian Tigers itu mengesahka­n akan beraksi dalam acara hoki dalam dewan bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos ini.

Tanda tanya mula tercetus baru-baru ini selepas jurulatih skuad hoki dalam dewan negara, Muhamad Amin Rahim menyuaraka­n hasrat dia begitu menagih khidmat pakar pukulan sudut pendek itu.

Najmi yang baharu pulang daripada kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London pada akhir bulan lalu, berkata walaupun berat, keputusann­ya memilih beraksi dalam acara hoki dalam dewan dilakukan kerana mahukan cabaran yang lebih sukar.

“Saya sebenarnya tak terkejut dengan hasrat jurulatih (Amin Rahim) sebab dia memang sudah lama mengetahui yang saya boleh beraksi dalam acara hoki dalam dewan.

Tentangan sengit

“Peluang ini sangat menarik kerana acara hoki dalam dewan menawarkan cabaran lebih besar berbanding hoki padang untuk meraih emas,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Difahamkan anak jati Perlis itu mula menyertai latihan yang berpangkal­an di Klang itu sejak minggu lalu.

Namun, Najmi menjelaska­n keputusann­ya untuk beraksi dalam acara hoki dalam dewan hanya bersifat sementara.

“Ia hanya sampai tamat Sukan SEA dan walaupun baru menyertai latihan tetapi saya semakin serasi dengan rakan sepasukan yang lain.

“Malah, tujuh perlawanan persahabat­an yang diatur berdepan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam tempoh dua minggu ini sedikit sebanyak membantu saya,” katanya.

Malaysia dijangka mendapat tentangan sengit dari Thailand dan Indonesia untuk meraih emas sulung acara hoki dalam dewan yang kali pertama dipertandi­ngkan.

Selain Najmi, skuad hoki dalam dewan negara turut mempunyai khidmat Firdaus Omar bagi mengambil pukulan sudut penalti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia