Berita Harian

‘Sudah terlambat’

Pemain terikat kontrak dengan pasukan masing-masing: Ejen

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menanggung gaji pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara yang dipanggil bagi menghadapi kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dianggap sudah terlambat.

Ejen pemain yang berpengala­man, Effendi Jagan Abdullah berpendapa­t cadangan itu mungkin boleh dilaksanak­an, namun perlu dilakukan lebih awal.

Katanya, ketika ini adalah masa yang kurang sesuai untuk dilaksanak­an cadangan itu berikutan semua pemain sudah mempunyai kontrak dengan pasukan masingmasi­ng.

“Benda (cadangan) ini sebenarnya boleh buat, tapi ia sepatutnya di buat awal-awal lagi, sekarang ini sudah terlambat.

“Pemain pun sudah ada kontrak (dengan pasukan) macam mana nak buat? Sekarang ini sudah susah, lagipun tinggal sebulan lagi KL2017 akan berlangsun­g.

Kajian terperinci

“Malah, ia juga perlukan kajian terperinci kerana membabitka­n kos yang tinggi dengan gaji pemain sekarang ini bukannya kecil,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

BH Sukan kelmarin melaporkan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa mencadangk­an FAM menanggung gaji pemain yang dipanggil mewakili negara.

Selain itu, Effendi berkata cadangan itu juga mempunyai kesan pro dan kontra kepada beberapa pihak terutama skuad B-22 dan pasukan Liga Malaysia (Liga M).

“Masalah ini timbul kerana jadual padat terutama kita sebagai tuan rumah KL2017 yang mana sasarannya adalah pingat emas.

“Ada yang anggap KL2017 tidak penting, tapi bagi saya ia membabitka­n maruah negara.

“Tapi kita perlu faham gaji pemain dibayar pasukan negeri atau kelab, tapi pada masa sama khidmat mereka diperlukan negara, jadi jalan penyelesai­annya perlu memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya.

 ??  ?? Hanya enam pemain melapor diri hari pertama sesi latihan skuad B-22 bagi menghadapi Kejohanan B-23 AFC.
Hanya enam pemain melapor diri hari pertama sesi latihan skuad B-22 bagi menghadapi Kejohanan B-23 AFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia