Berita Harian

Pening cari penyerang

Vingada bangkit kembali isu tiada peledak tempatan berkualiti

- Oleh Khairil S Iswan

Kekurangan pemain berkualiti tempatan di posisi penyerang bagi menyarung jersi Harimau Malaya kembali dibangkitk­an ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada.

Vingada berkata, selepas dia menyaksika­n sendiri beberapa aksi Liga Malaysia selepas kurang dua bulan mengambil alih skuad kebangsaan, situasi itu boleh dianggap ‘memeningka­n’ terutama dengan kebanyakan pasukan lebih cenderung menurunkan penyerang import.

Katanya, Malaysia mempunyai pemain yang berkualiti di posisi selain serangan namun pilihannya bagi menggegar gawang lawan agak terhad terutama bagi persiapan menghadapi aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong, September ini.

“Ketika ini, saya boleh katakan selepas melihat beberapa perlawanan (Liga M), kami masih mencari pemain di posisi penyerang.

“Seperti yang kamu tahu, setiap perlawanan yang kami lihat sehingga kini, pasukan kebiasaann­ya menggunaka­n pemain import bagi posisi berkenaan.

Pilihan sempit

“Bagi posisi lain, ia agak senang. Jadi kami juga sedang menyiasat untuk mencari pemain yang memiliki pasport Malaysia sama ada mereka boleh dan berminat untuk bermain dengan Malaysia,” katanya pada sidang media pasukan kebangsaan, semalam.

Ketika ini, skuad Harimau Selatan mengharapk­an ketajaman penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri selain dua pemain berstatus veteran iaitu Safee Sali dan Amri Yahyah.

Begitupun, pilihannya kian sempit apabila Safee yang beraksi bersama pasukan PKNS FC mengalami kecederaan dan dikatakan memerlukan tempoh dua bulan untuk pulih.

Pengendali dari Portugal itu sebelum ini mendedahka­n beberapa pemain muda dalam skuad bawah 22 tahun (B-22) negara turut berada dalam radar untuk diserap ke dalam skuad senior namun mereka ketika ini terikat dengan tugasan Sukan SEA 2017.

Ia sekali gus menyukarka­n perancanga­nnya yang mahukan skuad kebangsaan diisi oleh pemain muda berkualiti di masa depan.

“Selepas Sukan SEA, mungkin pada Oktober nanti, kita akan mempunyai pasukan yang lebih bagus dan lengkap. Ketika ini, kami mempunyai beberapa halangan namun selepas itu, ia tiada masalah.”

 ??  ?? Ahmad Hazwan Bakri Amri Yahyah Safee Sali
Ahmad Hazwan Bakri Amri Yahyah Safee Sali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia