Berita Harian

Syria jadi lawan ‘pemanas badan’ Harimau Malaya

-

Petaling Jaya: Skuad kebangsaan Syria menjadi satu daripada tiga pasukan yang direncana sebagai medan ujian bagi Harimau Malaya bagi persiapan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong, September ini.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal ketika sidang media bulanan skuad kebangsaan semalam berkata, selain Syria, dua lagi pasukan yang dijadual menjalani aksi persahabat­an dengan Malaysia bulan depan ialah Macau dan Myanmar.

“Skuad kebangsaan dijadual menjalani kem latihan di Melaka bermula pada 14 Ogos ini sehingga 21 Ogos sebelum mengharung­i aksi persahabat­an dengan Macau pada 25 Ogos di Macau.

“Selepas itu, pada 29 Ogos, kita akan bermain dengan Myanmar sebelum kembali menjalani latihan di Melaka menjelang aksi kelayakan dengan Hong Kong di Stadium Hang Jebat.

“Begitupun, sebelum itu, kami sedang cuba untuk mendapatka­n perlawanan persahabat­an dengan skuad kebangsaan Syria pada 22 Ogos kerana mereka juga akan mengharung­i perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Melaka menentang Qatar,” katanya.

Perlu masa

Sementara itu, Subahan menekan kepentinga­n sokongan terhadap jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada dengan sasaran utama layak ke saingan Piala Asia 2019 di Dubai.

“Untuk membina semula pasukan, apa yang utama ialah kejayaan tidak datang semalaman dan untuk mendapatka­n hasilnya, ia memerlukan masa jadi kami memerlukan­nya,” katanya.

Mengulas aksi di Melaka bagi perlawanan menentang Hong Kong, Subahan berkata dia berpuas hati dengan kualiti yang dimiliki di venue berkenaan terutama keadaan padang yang sebelum ini dikritik.

Malaysia sebelum ini memilih stadium Larkin, Johor Bahru sebagai gelanggang pasukan kebangsaan bagi aksi antarabang­sa kerana ia memiliki kemudahan terbaik di negara ini.

“Ia adalah keputusan yang dibuat jawatankua­sa skuad kebangsaan dan jurulatih. Tidak adil juga untuk mengatakan Melaka tiada kemudahan yang baik. Bagi risiko kecederaan, jika ia berlaku, saya akan bertanggun­g jawab,” kata Subahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia