Berita Harian

Kedah terus beri tekanan

-

Melaka: Kedah terus mengejar pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas meraih kemenangan 4-2 ke atas Melaka United (MU) di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Dua kali MU berada di depan menerusi jaringan Marko Simic pada minit ke-10 dan 30, namun berjaya disamakan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-14 dan 40.

Babak kedua tampak memihak Kedah apabila berjaya menambah dua gol lagi menerusi Akram Mahinan dan Asri Mardzuki pada minit ke-55 dan 90.

Perak gagal meneruskan rentak kemenangan selepas

Di Ipoh,

tewas tipis 0-1 kepada Selangor di Stadium Perak.

Jaringan tunggal skuad The Red Giants dihasilkan Francis Forkey Doe pada minit ke-62.

PKNS kutip tiga mata

Di Batu Kawan, Pulau Pinang terus bergelut di tangga tercorot liga apabila tewas 0-2 kepada PKNS FC.

Jaringan Patrick Ronaldinho dan Abdou Jammeh pada minit ke-53 dan 80 sudah cukup untuk menambah derita Pulau Pinang dan ia adalah kekalahan ke-11 skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu.

Di Kuala Terengganu,

T-team bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan pasukan jiran, Kelantan 3-1.

Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Mohd Khairul Izuan Rosli pada minit ke-63 sebelum Dilshod Sharofetdi­nov menyamakan kedudukan 16 minit kemudian.

Jaringan pantas dalam tempoh dua minit daripada Muhammad Fauzi Abd Kadar dan Yannick Ndjeng (minit ke-84 dan 86) membolehka­n T-team meraih tiga mata di gelanggang sendiri.

kunjungan FELDA United FC di Stadium

Di Petra Jaya,

Negeri ternyata memusnahka­n impian Sarawak meraih tiga mata apabila tewas 3-1 dalam saingan Liga Super di Kuching, malam tadi.

Penyerang kelahiran Brazil, Thiago Augusto Fernandes muncul wira FELDA United apabila mencipta hatrik pada minit ke-9, 35, dan 65.

Gol sagu hati tuan rumah hanya muncul pada minit ke-70 menerusi Mohamad Alif Hassan yang merembat kencang dari luar kotak menewaskan Mohd Farizal Harun. Oleh Nazri Abu Bakar, Azmil Sulaiman, Azizan Hashim dan Faizul Azlan Razak

 ?? [ FOTO RASUL AZLI SAMAD / BH ] ?? Baddrol meraikan jaringan bersama pasukannya pada aksi Liga Super ketika menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
[ FOTO RASUL AZLI SAMAD / BH ] Baddrol meraikan jaringan bersama pasukannya pada aksi Liga Super ketika menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia