Berita Harian

JDT kekal dicemburui

Dua gol di Darul Makmur pastikan Harimau Selatan terus mengaum

- Oleh Asrolawang

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhka­n kedudukan di persada Liga Super selepas menewaskan Pahang 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Dua jaringan, masing-masing satu gol pada setiap babak memastikan skuad Harimau Selatan semakin hampir untuk mempertaha­nkan piala berkenaan musim ini.

Pada perlawanan itu, keghairaha­n JDT sudah dijangka seawal minit pertama apabila penyerang import Harimau Selatan, Gabriel Cabrera meletakkan skuadnya di hadapan selepas menjaringk­an gol hasil lorongan Muhamad Ghaddar.

Namun, selepas itu tiada cubaan berbahaya dilakukan JDT terutama memberi tekanan kepada penjaga gol tuan rumah, Wan Azraei Wan Teh.

Bagi Pahang pula, dua peluang terbaik hadir menerusi Mohamadou Sumareh dan Ahmad Syamim Yahya tetapi ditepis penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan pada minit ke-26 dan 27.

Kad kuning

Mohd Amirul Hadi dilayangka­n kad kuning pada minit ke-35 oleh pengadil perlawanan, Razlan Jofri Ali selepas mengasari Sumareh.

Bersambung babak kedua, tuan rumah yang ketinggala­n menggandak­an asakan dan hampir menyamakan kedudukan hasil rembatan Sumareh tetapi bola melepasi palang pada minit ke-49.

Pada minit ke-60, pemain tengah JDT, Mohd Azrif Nasrulhaq dilayangka­n kad kuning kerana mengasari Sumareh.

Gol penyamaan yang dicari Pahang akhirnya berhasil apabila Matheud Alves menewaskan Izham Tarmizi tetapi tidak disahkan kerana penyerang itu berada pada kedudukan offside pada minit ke-62.

Pemain gantian Harimau Selatan, Muhammad Fazly Mazlan turut menerima kad kuning pada minit ke-76 manakala pemain pertahanan Pahang, Jaewon Heo pada minit ke-84.

Pada minit ke-85, Ignacio Insa menjaringk­an gol kedua buat skuadnya untuk mengesahka­n tiga mata menjadi milik Harimau Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia