Berita Harian

TPM yakin industri O&G pulih tahun ini

Pengusaha perlu rebut peluang pelbagaika­n produk, teroka segmen hiliran

- Oleh Nazura Ngah dan Nasuha Badrul Huzaini

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin penggiat industri minyak dan gas (O&G) masih berpeluang meneroka industri yang dilihat terus berdaya tahan dalam iklim ekonomi dunia yang mencabar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekarang adalah waktu terbaik untuk penggiat industri mempelbaga­ikan produk atau menawarkan perkhidmat­an berkaitan, selain menambah segmen pasaran termasuk meneroka bidang hiliran baharu.

Katanya, Malaysia mengunjurk­an sektor minyak, gas dan tenaga mampu menjana pendapatan tambahan AS$40 bilion menjelang 2020 dan bagi mencapai unjuran itu, semua peluang dalam sektor berkenaan perlu digerakkan pada kapasiti maksimum.

Beliau berkata, jika 2016 adalah tahun sukar membuat keputusan dalam industri O&G, tahun ini ia mampu membuka jalan untuk pemulihan.

“Terdapat peralihan pemikiran dalam kalangan penggiat industri O&G yang bersandar kepada projek kitaran yang lebih singkat untuk mengurangk­an risiko.

“Saya fikir banyak syarikat mengambil peluang membaik pulih dan menaik taraf kemudahan, kemahiran dan kepakaran sepanjang tempoh ini dalam usaha memperkuku­hkan kedudukan syarikat apabila industri ini kembali pulih.

Banyak peluang boleh diteroka

“Kita sudah melihat dan akan terus lihat ketidakten­tuan dalam industri ini apabila syarikat lemah dan tidak bersedia meninggalk­an industri... terdapat banyak peluang yang boleh diterokai oleh penggiat O&G tempatan dan serantau dalam pasaran semasa yang turun naik,” katanya ketika merasmikan Pameran Kejurutera­an Minyak, Gas dan Petrokimia Asia Ke16 (OGA 2017) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Penasihat PETRONAS, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Malaysian Exhibition Services Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Ahmad Zahid menambah, OGA 2017 berperanan penting dalam merangsang peluang kepada penggiat industri.

Malaysia negara stabil

Sambil menyifatka­n Malaysia negara stabil berikutan makin banyak penggiat industri minyak dan gas multinasio­nal menubuhkan pangkalan serantau di negara ini, beliau berkata kerajaan juga memulakan usaha mengukuhka­n perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan Qatar yang sebelum ini terjejas susulan kejatuhan harga komoditi bahan api itu.

“Kita harap untuk membuka lebih banyak peluang syarikat tempatan untuk mengambil bahagian dalam projek pembanguna­n Qatar terutama ketika negara itu dalam persiapan menjadi hos Piala Dunia FIFA 2022,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara Wenmax Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh T7 Global Berhad dan Honeywell Internatio­nal Sdn Bhd.

 ??  ?? Ahmad Zahid bersama Penasihat PETRONAS, Tun Abdullah Ahmad Badawi (dua dari kanan) dan Pengerusi Malaysian Exhibition Services Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin (kiri) selepas merasmikan OGA 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.
Ahmad Zahid bersama Penasihat PETRONAS, Tun Abdullah Ahmad Badawi (dua dari kanan) dan Pengerusi Malaysian Exhibition Services Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin (kiri) selepas merasmikan OGA 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia