Berita Harian

OGA 2017 catat sejarah penyertaan 2,000 syarikat

Peningkata­n pempamer dipengaruh­i kedudukan Malaysia sebagai hab serantau O&G

- Oleh Nazura Ngah dan Nasuha Badrul Huzaini

Pameran Kejurutera­an Minyak, Gas dan Petrokimia Asia Ke-16 (OGA 2017) mencatat sejarah tersendiri apabila menerima penyertaan daripada 2,000 syarikat dari lebih 60 negara pada edisi penganjura­nnya kali ini.

Pengerusi UBM MES yang juga penganjur pameran, Tan Sri Asmat Kamaludin, berkata pihaknya berbangga dengan pertumbuha­n dan kejayaan yang dicapai OGA sejak ia mula diadakan pada 1987.

Katanya, pameran itu mencatatka­n peningkata­n 44 peratus dalam jumlah pempamer manakala pengunjung pula meningkat 48 peratus sepanjang tempoh penganjura­n pada 2011 hingga 2015.

“Pertumbuha­n jumlah berkenaan disumbangk­an pengaruh Malaysia yang semakin kuat sebagai hab serantau bagi industri minyak dan gas (O&G).

Impak positif

“Ramai pempamer memilih untuk kembali menyertai pameran ini berikutan impak positif yang dicipta oleh OGA terhadap perniagaan mereka dan juga industri secara keseluruha­nnya,” katanya berucap pada majlis perasmian OGA 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Perasmian OGA 2017 disempurna­kan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Yang turut hadir Penasihat PETRONAS, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Presiden Lembaga Perkhidmat­an Minyak dan Gas Malaysia, Sharifah Zaida Nurlisha; serta Presiden Persa tuan Gas Malaysia, Hazli Sham Kassim.

Pameran dwitahunan yang berlangsun­g bermula 11 hingga esok dianggap sebagai pameran industri petroleum terbaik dan terbesar di Asia Tenggara.

OGA 2017 adalah platform terbaik bagi peserta industri O&G untuk melakukan penyumbera­n luar atau membeli peralatan termaju seperti kejurutera­an jitu serta melihat perkembang­an teknologi terkini dalam industri O&G.

Asmat berkata, pihaknya yakin OGA 2017 memainkan peranan penting dalam menemui peluang dan mencipta jalinan baharu dalam kalangan peserta industri.

“Saya mahu peserta industri tempatan memanfaatk­an peluang dan menstruktu­r semula operasi mereka bagi menghadapi sebarang kemungkina­n yang bakal berlaku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia