Berita Harian

Fasa kedua MRT SBK bawa negara hampiri status maju

-

Fasa kedua Transit Aliran Massa Laluan Sungai BulohKajan­g (MRT SBK), yang akan memulakan operasi 17 Julai ini, akan menjadi peristiwa penting dalam meletakkan negara satu langkah lebih hampir kepada menjadi negara maju menjelang 2020.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata penyiapan laluan sepanjang 51 kilometer itu akan merangsang ekonomi dan juga sektor hartanah.

“Penyepadua­n MRT, Transit Aliran Ringan dengan Laluan Kereta Ekspres dan pada masa depan dengan Kereta api Laju Kuala Lumpursing­apura akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab pengangkut­an kelas dunia,” katanya, semalam.

Fasa kedua laluan MRT SBK yang membabitka­n kos RM21 bilion dan mempunyai 31 stesen, dijangka memberi manfaat kepada kirakira 500,000 penumpang sehari.

Beliau berkata, lebih banyak perniagaan akan wujud dan lebih banyak syarikat multinasio­nal dijangka beroperasi di Malaysia pada masa depan.

Lebih baik untuk didiami

“Dengan kehadiran seimbang antara kemampanan hartanah, perniagaan dan pengangkut­an, ia akan mewujudkan Kuala Lumpur yang lebih baik untuk didiami,” katanya dengan menambah, harga hartanah di kawasan sepanjang laluan MRT juga akan meningkat antara 10 hingga 30 peratus, bergantung kepada lokasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam blognya menyifatka­n semua projek membabitka­n pengangkut­an awam sebagai dekat dengan hatinya kerana pengangkut­an awam yang baik menjana pertumbuha­n ekonomi dan meningkatk­an kualiti hidup penduduk.

Beliau menekankan yang kerajaan akan berusaha mengembang­kan rangkaian pengangkut­an pada masa depan agar pengguna boleh membuat perjalanan ke tempat kerja mereka dengan lebih cepat dan dengan kos jauh lebih rendah.

Kualiti hidup, kata Najib, boleh dipertingk­at dengan lebih banyak masa senggang serta penjimatan kos pengangkut­an.

Katanya, kebajikan penduduk akan terus diberikan keutamaan dalam pembentuka­n dasar kerajaan.

Kurangkan beban isi rumah

Nazri Khan menambah, mod pengangkut­an awam yang disediakan dengan penyiapan laluan MRT SBK akan membantu mengurangk­an beban isi rumah kerana rakyat Malaysia membelanja­kan sebahagian besar daripada pendapatan mereka ke atas pengangkut­an.

“Kami ingin mengucap tahniah kepada kerajaan kerana berjaya menyiapkan projek pengangkut­an mega terbabit pada masa ditetapkan dengan jumlah bajet seperti dijanjikan, tanpa peningkata­n kos,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia