Berita Harian

Agrobank kekal catat pertumbuha­n

-

Agrobank masih mampu mengekalka­n momentum pertumbuha­n dalam segenap aktiviti perniagaan­nya meskipun berdepan persekitar­an ekonomi dunia yang mencabar.

Pengerusin­ya, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata pada tahun lalu, Agrobank berjaya mencatatka­n nilai pembiayaan tertinggi sebanyak RM8.73 bilion dengan pertum buhan sehingga 16.7 peratus.

Pertumbuha­n 16.7 peratus itu, jelasnya, adalah yang tertinggi dicatatkan dalam tempoh lima tahun lalu.

“Agrobank juga menyumbang sebanyak RM3.14 bilion untuk sektor agromakana­n.

“Pertumbuha­n dicatatkan sebanyak 55.5 peratus dengan nilai keseluruha­n RM5.4 bilion untuk pembiayaan berasaskan pertanian berbanding RM3.4 bilion dicatatkan pada 2014,” katanya.

Aktif sokong pertanian negara

Dengan 47 tahun pengalaman dan rekod baik dalam industri perbankan pertanian, Agrobank secara aktif menyokong pembanguna­n pertanian negara dengan beroperasi di lapan wilayah melalui 187 cawangan bank.

Ia menawarkan produk dan perkhidmat­an dalam pembiayaan korporat, komersil dan mikro serta pembiayaan perdaganga­n, peribadi, perbankan elektronik serta deposit dan perkhidmat­an.

Semalam, Agrobank menyampaik­an zakat berjumlah RM311,000 kepada 12 pertubuhan kebajikan, pelajar dan orang kurang upaya pada majlis sambutan Syawal yang dianjurkan di Kuala Lumpur.

Pemberian zakat itu adalah sebahagian daripada zakat perniagaan Agrobank berjumlah RM1.72 juta yang diagihkan bagi pembahagia­n zakat untuk 2015.

Mengulas mengenai majlis sambutan Hari Raya, Mohamad Zabidi berkata, sambutan Syawal diadakan institusi pembanguna­n kewangan itu setiap tahun.

Beliau berkata, majlis itu adalah tanda penghargaa­n dan terima kasih Agrobank kepada pihak yang banyak membantuny­a sepanjang tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia