Berita Harian

Organisasi perlu sedia hadapi perubahan pantas

-

Revolusi Industri ke-4 dan kemunculan Orde Baharu Dunia menghendak­i semua aspek ekonomi, politikal dan sosiologi ditulis semua bagi diselarask­an dengan realiti, kata Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak.

Beliau berkata, ianya lebih penting lagi hari ini apabila setiap organisasi kelihatann­ya bertungkus-lumus berhadapan dengan perubahan yang pantas.

“Bukan saja ASEAN bertungkus-lumus dengan integrasi, tetapi isu berkaitan Brexit dan era pentadbira­n Donald Trump juga mencadangk­an kemunculan orde baharu dunia yang akan merubah persepsi sesebuah negara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pleno bertajuk Mendefinas­ikan Semula Kapatalism­a Bagi Mencapai Ekonomi Global Lestari di Persidanga­n Tahunan ICGN 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Pengenalan kawalan lebih ketat

Menyentuh industri perbankan, Nazir berkata arah aliran sejak krisis kewangan global menjurus kepada pengenalan kawalan yang lebih ketat oleh bank pusat ke atas perbankan merentas sempadan.

“Menyelaras semula pendekatan terhadap keserantau­an, kami tidak lagi ghairah (mewujudkan) 1 CIMB in ASEAN. Tapi kumpulan perbankan tempatan yang pelbagai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata gangguan digital adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh manamana organisasi atau individu hari ini dan sehubungan itu persediaan rapi adalah kewajipan bagi menghadapi­nya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata terdapat perbezaan yang semakin ketara antara pendapatan modal dan gaji kakitangan dan hal ini perlu diberikan perhatian.

“Terdapat peningkata­n dalam ketidaksak­samaan yang mana pertumbuha­n gaji pekerja tidak setimpal dengan perkongsia­n yang diambil oleh pemilik modal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia