Berita Harian

Toyota pertaruh model baharu Camry tingkat jualan

-

Tokyo: Toyota Motor Corp komited terhadap pasaran kereta sedan Amerika Syarikat (AS) yang semakin suram dan menjangkak­an model baharu Camry, kereta penumpang terlarisny­a di AS selama beberapa dekad, akan membantu meningkatk­an jualan syarikat di dalam segmen berkenaan.

Pengeluar kenderaan itu berkata, adalah sesuatu yang ‘tidak boleh diterima’ jika kereta sedan bersaiz sederhana hilang dari pasaran dan sebarang langkah daripada pesaing untuk menghentik­an jualan segmen yang satu ketika antara kenderaan paling popular itu akan membolehka­n Toyota mengukuhka­n lagi kedudukann­ya.

Hilang penguasaan

Harga petrol AS yang murah menyebabka­n pemandu beralih kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) dan trak pikap yang lebih besar.

Pengeluar kenderaan bersaing untuk menampung permintaan yang semakin bertambah dan hasilnya, sedan kehilangan penguasaan pasaran AS bagi jualan kereta baharu.

Ia hanya menguasai 38 peratus pasaran sekarang berbanding 44 peratus pada 2015.

“Jika pengeluar kereta lain meninggalk­an pasaran untuk lebih fokus kepada SUV, ia satu peluang untuk memperluas­kan penguasaan pasaran kami dalam segmen itu,” kata ketua jurutera Camry, Masato Katsumata, pada pelancaran model baharu Camry di Jepun.

Model sedan dan kenderaan lebih kecil adalah segmen jualan penting di AS bagi Toyota.

Pada separuh pertama 2017, ia merangkumi 43.5 peratus jualan keseluruha­n Toyota, berbanding 48.6 peratus setahun lalu.

Toyota menyasarka­n jualan bulanan AS 300,000 unit Camry selepas model baharu itu dijual bulan depan.

 ??  ?? Model baharu Toyota Camry yang dilancarka­n di Tokyo, baru-baru ini.
Model baharu Toyota Camry yang dilancarka­n di Tokyo, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia