Berita Harian

Pasaran Eropah pacu saham Asia

-

Momentum terus mengukuh bagi kebanyakan pasaran Asia semalam selepas dua pasaran utama dunia iaitu di Eropah dan Wall Street didagang tinggi selain data pendapatan AS yang bakal menjelang.

Peniaga kekal membuat taruhan kepada data pekerjaan AS yang lebih kukuh apabila penganalis­is menjangkak­an keputusan itu akan menyaksika­n Rizab Persekutua­n( Fe d) sekurangku­rangnya satu takuk lagi tahun ini, sekali gus melonjakka­n dolar.

Tumpuan kini tertumpu kepada Pengerusi Fed, Janet Yellen yang akan memberikan kenyataann­ya minggu ini untuk memberikan petunjuk hala tuju bank itu dalam rancangann­ya kepada pergerakan kadar faedah.

Turut ditunggu petunjuk sama ada bank pusat itu akan meneruskan usaha menghentik­an pelan rangsangan lain yang dilaksanak­an ketika krisis kewangan sebelum ini.

Lonjakan ekuiti

Pasaran Asia turut menyaksika­n lonjakan ekuiti antaranya Tokyo naik 0.6 peratus, Hong Kong melonjak 1.5 peratus dan Sydney mengukuh 0.1 peratus.

Seoul menambah 0.6 peratus, Taipei naik lebih satu peratus dan Wellington 0.6 peratus lebih tinggi.

Bagaimanap­un, Shanghai lega 0.3 peratus dan Singapura berakhir hanya 0.6 peratus.

Peningkata­n kos peminjaman AS hanya akan menaikkan dolar dan menjadi pemacu peningkata­n pound serta euro.

Bagaimanap­un, langkah itu akan turut menolak yen, yang kini berdepan dengan pergelutan untuk keluar daripada kepompong itu dengan meluaskan dasar monetari antara AS dan Jepun.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Dua pasaran utama dunia iaitu di Eropah dan Wall Street didagang tinggi.
[ FOTO AGENSI ] Dua pasaran utama dunia iaitu di Eropah dan Wall Street didagang tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia