Berita Harian

Kombinasi pelbagai jenis spesies kayu

-

Lazimnya, butang baju Melayu diperbuat daripada aloi dan perak sama ada kosong ataupun bertatahka­n manik dan permata tiruan pelbagai warna.

Namun, Kayan yang diterajui pasangan suami isteri muda, Mohammad Shahmin Mohammad

Razali, 29, dan Sharifah

Nur Sabrina Syed Hassan, 27 mencipta aliran fesyen terkini menerusi butang baju Melayu dan jubah diperbuat daripada kayu.

Mohammad Shahmin berkata, ilham menampilka­n butang baju lain dari yang lain sudah bermain di mindanya pada Aidilfitri tiga tahun lalu, namun belum ada kemahiran menzahirka­nnya.

“Saya banyak melayari Youtube bagi memahami ilmu kraf kayu sebelum menyediaka­n lakaran dan grafik rekaannya. Untuk tempoh enam bulan, saya melakukan banyak eksperimen hinggalah menjelang sambutan Aidilfitri dua tahun lalu, empat rekaan berjaya diperkenal­kan kepada umum,” katanya.

Katanya, pada mulanya, butang baju Melayu uniknya itu hanya boleh dibeli melalui Instagram peribadiny­a namun kini, tempahan diperluask­an sejauh Brunei, malah Amerika Syarikat.

Cabaran hasilkan butang

Mohammad Shahmin berkata, butang baju Melayu Kayan kini tampil dengan 12 rekaan, termasuk lima yang mendapat sambutan hangat iaitu

dan Menggunaka­n beberapa spesies kayu tempatan meliputi rosewood, walnut, semangkuk dan jati, kebanyakan kayu katanya diperoleh di perkampung­an Orang Asli dan selebihnya di hutan sekitar Pahang dan Terengganu.

“Hakikatnya, saya sukakan struktur dan urat kayu yang memberikan rupa semula jadi. Khusus rekaan Ombre yang melantunka­n lebih dari satu warna, perbezaan itu ditonjolka­n menerusi gandingan kayu rosewood, walnut, semangkuk dan jati,” katanya.

Sementara itu, rekaan Duo dibentuk menerusi kombinasi kayu dan maple manakala daripada kayu asli

Khusus menjaga kualiti, setiap set butang berkenaan ditempatka­n dalam kotak khas kedap udara dan kalis air.

“Kayu amat sensitif dengan perubahan suhu dan cuaca. Agar warnanya tidak pudar selain mengekalka­n kualitinya, kami sediakan kotak khas bagi menyimpann­ya semula selepas dipakai,” katanya.

Katanya, bagi memastikan butang kekal cantik, sesekali ia perlu digilap dengan kain basah sebelum disimpan semula.

Ditanya cabaran menyediaka­n butang baju Melayu lain daripada yang lain ini, Mohammad Shamin memberitah­u mengambil masa memilih

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH ] ?? Mohammad Shahmin menunjukka­n proses menghasilk­an butang baju Melayu daripada Kayan.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH ] Mohammad Shahmin menunjukka­n proses menghasilk­an butang baju Melayu daripada Kayan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia