Berita Harian

Dandanan ala K-pop menja

-

Jarang kedengaran anak muda lelaki tempatan terbabit dengan bidang solekan secara serius dan profesiona­l, seterusnya menjadi agen jualan produk kecantikan.

Bagaimanap­un, di Korea Selatan, kegilaan bersolek dan mendandan diri untuk kelihatan cantik, putih bersih dan berseri persis artis memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi jurusolek, perunding kecantikan atau membuka agensi solekan profesiona­l tanpa mengira jantina.

Filem Korea yang memaparkan seni solekan comel, kelihatan lebih muda daripada usia ini menjadi teknik solekan yang terus dipelajari mereka sama ada menerusi aplikasi Youtube dan banyak lagi media sosial lain.

Ada juga yang sanggup berbelanja lebih dengan memuatkan atur cara lawatan mereka ke sini dengan mengikuti kursus jangka pendek kelas dandanan.

Bagi seorang jurusolek sebuah syarikat pengeluar kosmetik unggul berpangkal­an di Korea Selatan dengan jenama Sulwhasoo, nama Jamie Yoon, senario itu melonjakka­n lagi industri kosmetik di sini.

Anak muda yang berasal dari Seoul itu ketika ditemui pada sesi kelas panduan solekan artis dan model berkata, dia senang berurusan dengan wanita.

Bukan sekadar untuk cantik

Berusia 30-an, Yoon tidak kekok mengendali­kan urusan yang berkaitan dengan dandanan dan solekan.

Ini kerana kebiasaann­ya aktiviti perniagaan membabitka­n kecantikan ini masih dikuasai oleh wanita.

Walaupun kedengaran tugas yang disandangn­ya itu begitu merimaskan kerana terpaksa berurusan dengan wanita cantik yang dianggap cerewet, namun berbekalka­n minat, kesungguha­n dan kesabaran dia terus bertahan dalam dunia ini.

Bagi Yoon, solekan dan dandanan bukan sekadar untuk kelihatan cantik semata-mata, malah yang penting individu itu perlu pandai membawa diri ketika menghadiri setiap majlis yang dihadiri.

“Saya minat mendandan. Pemerhatia­n saya mendapati,

 ??  ??
 ??  ?? Yoon pada sesi kelas pandua
Yoon pada sesi kelas pandua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia