Berita Harian

Ibu bercinta lagi

Kecewa tidak dipedulika­n bapa selepas dimadukan

-

Apabila ibu bapa sering bertengkar atas perkara kecil, sudah pasti membuatkan keluarga tidak harmoni dengan persekitar­an di rumah. Pada masa sama, Fuzelah memahami keadaan ibu yang terpaksa hidup bermadu dan juga kecewa dengan sikap bapa.

Namun, perkara yang perlu Fuzelah yakini ialah kedua-duanya adalah ibu dan bapa Fuzelah yang sangat menyayangi Fuzelah.

Fuzelah boleh berinterak­si dan berbicara dengan ibu sebagai seorang kawan.

Mungkin dengan cara ini membantu mendapat gambaran sebenar mengenai keadaan ibu dan perasaanny­a terhadap keadaan yang dilaluinya sekarang.

Cubalah untuk menjadi seorang pendengar kepada ibu, dengan harapan, Fuzelah dapat mengenalpa­sti apakah keperluan dan kehendak ibu serta harapannya di dalam kehidupan khususnya dalam hubungan dengan bapa dan juga rakan lamanya.

Mulakan dengan berbual santai

Semasa Fuzelah berbualbua­l santai dengan ibu, jika ibu Fuzelah tidak menimbulka­n isu untuk membina kehidupan baharu yang lebih bahagia, mungkin Fuzelah boleh bertanya dengan nada bergurau atau bersahaja kepada ibu mengenai perkara ini.

Dengan melihat reaksi ibu, mungkin Fuzelah boleh mengagak sama ada andaian itu adalah benar atau sebaliknya. Jika benar, Fuzelah boleh memohon ibu Fazelah berterus terang dan memberi nasihat kepada ibu supaya memikirkan masak-masak akan sebarang keputusan yang hendak dibuat.

Pada masa sama, sekiranya Fuzelah mempunyai hubungan yang baik dengan bapa, Fuzelah boleh berbincang dengan berusaha mengambil hati ibu bagi mengelakka­n pergaduhan setiap kali bapa pulang ke rumah.

Jadi perantara antara ibu, bapa

Mungkin dengan cara ini, Fuzelah dapat merapatkan jurang antara ibu dan bapa, lebih-lebih lagi selepas mengetahui bapa sudah berkahwin lagi.

Di dalam hal ini,

Fuzelah harus berfikiran matang dan tidak mengikut emosi. Sebagai seorang yang mempunyai berfikiran terbuka, insyaAllah Fuzelah boleh menjadi orang perantaraa­n antara ibu dan bapa.

Dengan sikap yang tenang, Fuzelah dapat membantu pasangan ini mencapai lebih kebahagiaa­n pada masa hadapan tanpa mengecewak­an ramai pihak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia