Berita Harian

Hargai sokongan pelakon senior

Fikry akui tonjol lakonan berkesan dengan bantuan Fazura, Fattah

-

Biarpun hanya memegang watak pembantu, populariti pelakon baharu, Fikry Ibrahim melonjak selepas membintang­i drama rantaian terhangat,

Impak lakonan Fikry yang memegang watak sebagai Fahrizam atau

Ijam dianggap mencabar kedudukan Fattah Amin, biarpun aktor kacak berkenaan adalah pelakon utama drama yang turut menampilka­n Fazura itu.

Namun, kata Fikry, dia tidak berniat menggugat Fattah, jauh sekali membanding­kan bakat lakonan mereka. Sebaliknya, Fikry hanya berusaha memberi lakonan yang terbaik dalam naskhah berkenaan.

Bakat baharu ini juga menafikan cuba ‘over shadow’ atau berlebihle­bih daripada watak Tengku Ian Uzzam yang dilakonkan Fattah.

“Sejujurnya tidaklah begitu. Saya juga tidak nampak diri ini lebih menonjol daripada Fattah. Saya fikir lakonan Fattah lebih baik daripada saya. Saya bukanlah mahu

‘over shadow’ Fattah dalam drama itu.

Persaingan sihat

“Bagaimanap­un, terpulang kepada peminat yang menonton dan menilai persembaha­n saya. Apabila pujian seperti itu diberi, saya mengambiln­ya sebagai sesuatu yang positif.

“Cuma tidak dinafikan, apabila watak saya banyak digandingk­an dengan Fattah, ia sedikit sebanyak membantu kemunculan saya dalam dunia lakonan,” katanya.

Fikry menambah, hakikatnya, Fattah membantu dirinya melakonkan watak Ijam dengan lebih menyerlah.

“Kalau tidak ada Fatah, Fazura dan pelakon lain, mungkin watak saya tidak sebaik ini kerana merekalah yang Pelawak / pelakon

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] ??
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ]
 ??  ?? Fikry ketika di pentas akhir Lawak Solo.
Fikry ketika di pentas akhir Lawak Solo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia