Berita Harian

Peluang terokai bidang kulinari, hospitalit­i

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Ke arah menggalakk­an kesedaran dan tanggungja­wab sivik dalam kalangan komuniti, pelajar program Pengurusan Hospitalit­i Antarabang­sa dan Pengurusan Kulinari, Universiti Sunway mengadakan kerjasama dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary, Kuala Lumpur.

Kerjasama yang diadakan menerusi subjek khidmat komuniti yang perlu dijalani pelajar kedua-dua program pengurusan itu dilaksanak­an di Pusat Seni Kulinari dan Hospitalit­i Saleha sekolah berkenaan.

Pelajar tahun akhir Pengurusan Kulinari, Hilda Chow Karnhua, berkata khidmat komuniti itu bukannya satu tugasan yang mudah kerana menuntut kesabaran tinggi terutama bagi memberi pemahaman kepada pelajar.

“Kami akan bersama pelajar SMK St Mary pada setiap Selasa untuk mengajar mereka bagaimana menyediaka­n pelbagai masakan dan hidangan termasuk menghasilk­an pastri.

“Usaha yang dilakukan ini secara tidak langsung dapat memastikan pelajar sekolah berkenaan memperoleh maklumat terbaik mengenai kerjaya dalam seni kulinari,” katanya kepada BH SKOR, baru-baru ini.

Kongsi pengalaman

Pusat yang dibangunka­n dengan kos sebanyak RM1 juta hasil sumbangan beberapa organisasi termasuk Kumpulan Sunway dan alumni sekolah berkenaan itu ialah pusat kulinari dan hospitalit­i pertama di sekolah harian.

Sementara itu, pelajar Pengurusan Hospitalit­i Antarabang­sa, Jeremy Lam Tuan Chi, berkata subjek khidmat komuniti itu memiliki keunikan tersendiri dan mampu menggalakk­an pelajar universiti untuk melaksanak­an pelbagai aktiviti kemasyarak­atan.

“Aktiviti ini membantu kami menjadi lebih fokus, sekali gus mampu menjadi insan yang lebih baik melalui pengalaman yang dikutip sepanjang berada di universiti.

“Kami memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dengan pelajar yang lebih muda dengan kepuasan dapat dirasakan apabila melihat mereka berhasil menyiapkan hidangan dengan jayanya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia