Berita Harian

GPOW mesra alam

Bekalan tenaga elektrik menggunaka­n inovasi tenaga suria berupaya mengurangk­an kos operasi peniaga

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Pemerhatia­n ke atas peniaga pasar malam menggunaka­n generator minyak diesel untuk menghasilk­an elektrik dan kesannya terhadap pencemaran udara dan bunyi mendorong pasukan inovasi Sekolah Dato' Abdul Razak, di sini, membangunk­an inovasi tenaga suria yang dinamakan Green Power on Wheels (GPOW).

Guru pasukan inovasi sekolah itu, Encik Irwan Hamzah, berkata inovasi berkenaan adalah satu sistem kuasa solar yang boleh diletakkan pada kenderaan bermotor dan berupaya mengurangk­an kos pembelian dan penyelengg­araan tinggi generator minyak diesel.

Beliau berkata, sistem itu boleh dikawal dalam satu sistem berpusat yang mampu memberikan perkhidmat­an kepada semua peniaga pasar malam.

"Idea memulakan projek itu mendapat dorongan awal daripada Guru Kemahiran Hidup sekolah ini untuk menghasilk­an produk rekaan inovasi kejurutera­an yang boleh dipertandi­ngkan pada peringkat global.

Meter prabayar

"Bagi memastikan kemampanan­nya, sistem kuasa solar ini menggunaka­n meter prabayar yang boleh mengoptimu­mkan kegunaan tenaga elektrik selain dapat meminimumk­an kehilangan tenaga dalam bentuk tenaga bunyi dan haba.

Encik Irwan berkata, inovasi berkenaan memiliki keistimewa­an tersendiri iaitu boleh diletakkan pada kenderaan peniaga seperti van dan lori. Mereka hanya perlu membayar jumlah tenaga elektrik yang diperlukan sahaja.

"Pemotongan dari segi kos pengoperas­ian membolehka­n peniaga meningkatk­an kuantiti jualan dan menjana lebih keuntungan.

"Pada masa sama, dapat mengurangk­an pembaziran tenaga akibat daripada pembakaran bahan api diesel seterusnya menggalakk­an kempen kesedaran pemulihara­an alam sekitar dalam mengekalka­n kelestaria­n hijau," katanya.

 ??  ?? Pelajar menunjukka­n antara kejayaan yang berjaya dikecapi menerusi inovasi GPOW.
Pelajar menunjukka­n antara kejayaan yang berjaya dikecapi menerusi inovasi GPOW.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia