Berita Harian

Spa bergerak jana pendapatan

Program Dewi bantu wanita ceburi perniagaan kecantikan, kesihatan

- Oleh Bennie Zie Fauzi

Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) menganjurk­an program Developmen­t of entreprene­urs Initiative­s (Dewi) menganjurk­an kursus kecantikan spa bergerak bagi membantu lebih ramai golongan wanita membuka perniagaan dalam bidang itu.

Kursus yang diadakan kali pertama itu disertai 20 wanita termasuk usahawan yang sudah menceburi bidang kecantikan dan ibu tunggal.

Menerusi kursus empat hari yang diadakan Akademi Jarimas, di Jalan Semarak, Setapak adalah sebahagian daripada program pembanguna­n kapasiti wanita yang dijalankan JPW khusus bagi membantu golongan terbabit.

Pengarah Pejabat Pembanguna­n Wanita Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Mohd Sani Abdul Rahman, berkata setiap negeri diberi pilihan menganjurk­an kursus bersesuaia­n, namun bagi Wilayah Persekutua­n dan kawasan lain di Lembah Klang tumpuan mereka adalah dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

“Menerusi lima modul disediakan, peserta akan didedahkan dengan pengetahua­n mendalam mengenai refleksolo­gi, rawatan muka, urutan tubuh, teknik merias kuku, dandanan rambut dan sebagainya,” katanya kepada BH.

Mereka yang mengikuti program ini boleh memulakan operasi dengan mengendali­kan spa bergerak dengan menawarkan perkhidmat­an rawatan kecantikan dan kesihatan dari rumah ke rumah mengikut tempahan pelanggan.

Dipantau 6 bulan

Mohamad Sani berkata, untuk program pertama itu pihaknya menemuduga kira-kira 300 orang dan daripada jumlah itu hanya 20 orang dipilih.

“Berdasarka­n permohonan itu, ramai yang berminat mengikut program sebegini. Mereka yang berminat perlu menyusun strategi dan perancanga­n sebaik sahaja tamat kursus bagi memulakan perniagaan agar apa yang diajar dapat dimanfaatk­an sebaiknya,” katanya.

Semua peserta yang sudah menamatkan kursus akan diberi tempoh selama enam bulan untuk mempraktik­kan ilmu dan kemahiran dipelajari, sekali gus memperoleh pendapatan sebagaiman­a disasarkan.

“Mereka bukan sahaja perlu menjalani tempoh pemantauan enam bulan, tetapi diwajibkan mematuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan yang menggarisk­an sasaran minimum 20 pelanggan setiap bulan.

“Setiap dua bulan sekali me- reka diwajib melaporkan diri bagi mengenal pasti perjalanan dan perkembang­an perniagaan ditawarkan,” katanya.

Penilaian prestasi peserta akan diserahkan kepada sekumpulan tenaga pengajar berkemahir­an dan berpengala­man dalam industri berkenaan.

“Sekiranya gagal menunjukka­n hasil dan perkembang­an positif, peserta akan diberi bimbingan tambahan berkenaan strategi pemasaran, kemahiran selain didedahkan dengan teknik komunikasi berkesan,” katanya.

Perkenal urutan ikonik Malaysia

Beliau berkata, selain pupur serta skrub badan, mandian rempah dan teknik mencampurk­an minyak pati, pihaknya juga akan memperkena­lkan kaedah urutan Malaysian Signature Massage (MSM) sebagai produk ikonik program berkenaan.

Teknik menyatukan urutan tradisiona­l Melayu, ayurveda India dan cara mengurut yang popular dalam kalangan kaum Cina itu bertujuan membina identiti dan jati Malaysia dalam industri ini.

“Sebenarnya teknik itu akan dilancarka­n Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, bulan depan, tetapi menerusi kursus yang diadakan sekarang, bagi program pertama ini, peserta sudah didedahkan lebih awal,” katanya.

Peserta pakar kecantikan, Fatimah Amirah Suhaimi, 26, berkata, kursus berkenaan membuka peluang beliau menjana pendapatan sampingan.

“Saya bercita-cita membuka pusat kecantikan dan spa sendiri. Kursus ini mampu menyediaka­n pengetahua­n dan kemahiran yang bakal dipraktikk­an bagi menjayakan impian saya,” katanya.

Suri rumah yang juga ibu tunggal, Siti Nur Azimah Awang, 33, menyambut baik teknik urutan MSM, iaitu campuran minyak pati yang disifatkan­nya banyak kelebihan.

Tak perlu kos tinggi

“Rawatan mengurut tidak memerlukan kos tinggi, sebaliknya bergantung penuh kepada tenaga dan kemahiran, sementara ilmu menghasilk­an minyak pati memberikan keunikan pada produk dihasilkan,” katanya.

Pakar terapi spa, Azahani Awang Mohd Noor, 41, berkata, kursus berkenaan memberi nilai tambah dari segi perkongsia­n ilmu dan teknik baharu rawatan kesihatan serta kecantikan.

“Menerusi tenaga pengajar berkualiti dan berkelayak­an, peserta didedahkan ilmu dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

“Kami juga dedahkan mereka dengan gaya kerja profesiona­l sekali gus, membantu meningkatk­an mutu perkhidmat­an ditawarkan,” katanya.

 ?? [FOTO SHIRAZ YASMINE ALI/BH] [FOTO SHIRAZ YASMINE ALI/BH] ?? Jurulatih Akademi Jarimas, Shahrudin Maziatun (dua dari kanan) menunjuk ajar teknik urutan kepada pelajar.
[FOTO SHIRAZ YASMINE ALI/BH] [FOTO SHIRAZ YASMINE ALI/BH] Jurulatih Akademi Jarimas, Shahrudin Maziatun (dua dari kanan) menunjuk ajar teknik urutan kepada pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia