Berita Harian

Kuasai bahasa Melayu syarat patriotism­e

-

Masyarakat perlu dididik mulai sekarang kecuali bagi perkhidmat­an yang amat mendesak bahawa semua bakal penjawat awam perlu lebih awal menguasai bahasa Melayu. Ini kerana mereka adalah rakyat negara ini dan bahasa Melayu bukanlah perkara asing dalam kehidupan mereka.

Bahasa Melayu adalah bahasa teras dan menjadi tanggungja­wab setiap warganegar­a Malaysia untuk memartabat­kan bahasa kebangsaan sebagai alat untuk penyatuan ummah dan perpaduan rakyat di negara ini. Memartabat­kan bahasa Melayu wajar menjadi agenda penting oleh pembuat dan pelaksana dasar selari dengan keperluan Perkara 152 dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Akta Bahasa Kebangsaan (Akta 32) 1963/67.

Bahasa jiwa bangsa membawa maksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Penggunaan dan penguasaan bahasa sebagai alat komunikasi dan perpaduan untuk saling memahami antara satu sama lain adalah melambangk­an jati diri sesuatu bangsa dan asas untuk membentuk kesatuan bangsa dan ummah.

Profesiona­l negara perlu cemerlang dalam bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Sekiranya mereka tidak mahir berkomunik­asi dalam bahasa Melayu, masalah komunikasi dalam pelbagai aspek secara efektif mulai daripada peringkat bawah hingga atas, akan terganggu dan memberi impak merugikan secara berpanjang­an kepada rakyat dan negara.

Hanya pegawai yang mencapai tahap kelulusan taraf kredit atau lebih tinggi dalam peperiksaa­n serta menunjukka­n penguasaan bahasa Melayu yang cemerlang sahaja layak untuk dipertimba­ngkan dalam perkhidmat­an kerajaan. Selain itu, mereka yang menunjukka­n kebolehan luar biasa dalam penguasaan bahasa Melayu layak dipertimba­ngkan bagi kenaikan pangkat lebih tinggi dan diberi tanggungja­wab lebih mencabar dalam perkhidmat­an kerajaan.

Bahasa Melayu di peringkat SPM adalah penanda aras penguasaan seseorang dalam aspek komunikasi dan penulisan. Sekiranya mereka tidak berjaya dalam SPM, mereka sukar berurusan dengan masyarakat ketika berkhidmat kelak. Kelonggara­n syarat itu ibarat meremehkan dan menghina bahasa Melayu dan semua pihak perlu memastikan bahasa kebangsaan terus dipertahan­kan dan dimartabat­kan.

Selain itu, seseorang rakyat Malaysia tidak boleh dianggap cemerlang dalam mana-mana pencapaian termasuk peperiksaa­n dengan memperoleh kecemerlan­gan dalam subjek lain tetapi tidak dalam Bahasa Melayu walaupun diambil sebagai satu mata pelajaran secara berasingan.

Pertahan bahasa kebangsaan

Adalah amat diharapkan pada masa depan, mereka yang tidak mempunyai sijil SPM dan tidak lulus Bahasa Melayu tidak boleh diterima langsung untuk berkhidmat dalam kerajaan termasuk secara kontrak dan ia perlu dikaji semula. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan perlu dipertahan­kan. Semua rakyat Malaysia perlu terus memartabat­kan dan memelihara bahasa Melayu yang diasaskan sejak dahulu lagi. Rajaraja Melayu sejak Mesyuarat Durbar pada 1903 membangkit­kan soal pengiktira­fan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Ketika menurunkan tandatanga­n persetujua­n pembentuka­n Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957, Rajaraja Melayu menetapkan tujuh wasiat, satu daripadany­a menyentuh berkaitan bahasa iaitu ‘Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu’.

Kita sedar penjawat awam adalah barisan hadapan kerajaan untuk berkomunik­asi dengan masyarakat. Jika mana-mana pegawai gagal berkomunik­asi dengan baik dalam bahasa Melayu bagaimana mungkin mereka dapat memberi perkhidmat­an terbaik, berkesan dan jayanya kepada rakyat dan negara. Sebagai contoh, dalam keadaan tertentu, salah faham komunikasi antara penjawat awam dan orang ramai boleh membawa kepada musibah dan kematian. Lebih besar daripada itu, maruah sesuatu bangsa itu terletak pada bahasanya.

Dalam menuju Transforma­si Nasional 2050 (TN50), kita mahu melihat masyarakat kelas satu, di negara kelas pertama. Dalam kemajuan infrastruk­tur dan pelbagai kemudahan dunia kelas pertama, kita mahu negara ini dihuni oleh masyarakat kelas satu yang tahu menghormat­i bahasa Melayu sebagai bahasa jambatan penyatuan ummah dalam pelbagai kumpulan masyarakat di samping kekal sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Justeru, bahasa yang dimartabat­kan sebagai bahasa kebangsaan negara tidak wajar dijadikan sekadar hiasan. Tidak ada maknanya juga, jika hanya termaktub satu perenggan dalam Perlembaga­an Persekutua­n. Sebaliknya, bahasa Melayu itu perlu disuntik dengan nilai, diberi nyawa dan diberi tempat yang selayaknya.

Setiap warganegar­a Malaysia yang menetap dan mengaku dirinya rakyat Malaysia mesti menguasai dan boleh berkomunik­asi dengan baik dalam bahasa Melayu. Seseorang yang mengaku dirinya warga Malaysia mesti secara ikhlas dan jujur menyanjung tinggi penghormat­an sebagai seorang rakyat Malaysia kerana di sinilah bumi dipijak. Jangan kerana segelintir permintaan dan tuntutan, maka kita korbankan bahasa.

Sememangny­a kita wajar kuasai bahasa lain termasuk bahasa Inggeris kerana ia diperlukan untuk berhubung dengan dunia luar. Sebagai golongan profesiona­l, ada dalam kalangan kita didedahkan kepada bahasa Inggeris dan lainlain bahasa ketika menimba ilmu tetapi tidak hilang ciri-ciri adat bangsa yang diwarisi serta terus menyanjung bahasa Melayu.

Elemen patriotism­e terhadap bahasa kebangsaan sebagai ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan bahasa penyatuan perlu ada dalam setiap sanubari rakyat. Bahasa Melayu mesti dimartabat­kan dan menjadi penyatu kepada rakyat yang berbilang agama, kaum dan budaya di negara tercinta, Malaysia.

Apakah implikasi syarat pemakaian Perkara 181(1) Perlembaga­an Persekutua­n yang termaktub pada permulaan ayat, iaitu, ‘Tertakluk kepada peruntukan perlembaga­an ini’ kepada konsep kedaulatan watan? Ikuti kupasan lanjut Ketua Lajnah Kajian Strategik, Majlis Ittihad Ummah, Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, esok.

Kelonggara­n syarat itu ibarat meremehkan dan menghina bahasa Melayu dan semua pihak perlu memastikan bahasa kebangsaan terus dipertahan­kan dan dimartabat­kan”

Salah faham komunikasi antara penjawat awam dan orang ramai boleh membawa kepada musibah dan kematian. Lebih besar daripada itu, maruah sesuatu bangsa itu terletak pada bahasanya”

Seseorang yang mengaku dirinya warga Malaysia mesti secara ikhlas dan jujur menyanjung tinggi penghormat­an sebagai seorang rakyat Malaysia kerana di sinilah bumi dipijak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia